Alex Oxlade Chamberlain Bakal Menjalani Imbasan Selepas Mengalami Kecederaan Dalam Perlawanan

Beliau melakukan penampilan kompetitif pertamanya setelah pulih dari kecederaan lutut yang serius musim lepas.

Dan beliau dilaporkan mengalami masalah hamstring ketika perlawanan Liverpool Bawah 23 Tahun menentang Derby County sekaligus memaksa beliau dikeluarkan pada minit ke 41.

Ini merupakan perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut yang serius sejak April 2018 – iaitu ketika 318 hari lepas di Pusingan Separuh Akhir UCL 2017 2018.

Ketika perlawanan di Moor Farm, Alex Oxlade dilaporkan akan bermain selama 45 minit menentang Derby namun beliau dikeluarkan 4 minit awal sebelum waktu sebenar apabila staf kejurulatihan ketika itu melihat beliau memegang hamstringnya.

Namun kelab mendakwa ia cuma kepada lebih kepada langkah berjaga jaga, dan Ox ketika itu terus dibawa ke bilik persalinan.

Menurut Neil Critchley :

“Sudah jelas beliau mengalami isu namun saya berharap ianya tidak serius. Apa yang baik adalah ia bukan berkaitan dengan lutut beliau. Jadi beliau gembira ianya bukan mengenai lutut”.

“Beliau sangat gembira dapat bermain semula. Diharap selepas beliau bangun pagi esok, tiada apa apa yang serius berlaku dan hanya langkah berjaga jaga”.

“Idea sebenar adalah untuk memastikan beliau bermain 45 minit. Beliau hampir mencapai sasaran itu”.

“Diharap kecederaan itu tidaklah terlalu serius sepertimana jangkaan awal. Beliau memberi isyarat di bangku simpanan namun kami tidak pasti dengan isyarat tersebut. Beliau akan menjalani pemeriksaan lanjutan esok”.

“Apa yang bagus adalah beliau cepat bertindak. Beliau keluar lebih awal dan mengawal situasi itu dengan baik”.

Liverpool Bawah 23 Tahun memenangi perlawanan ke atas Derby County dengan jaringan 3 – 1, dua daripadanya adalah dari Curtis Jones dan satu oleh Rafa Camacho.

ADMIN

Kami pernah berkata, ianya masih terlalu awal mengenai kecergasan Alex Oxlade Chamberlain kan?

Get well soon Ox. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman