Penalti James Milner Bawa 3 Mata Buat Liverpool Dari Fulham

Kemenangan ini dibayangi oleh kesilapan antara Alisson dan Van Dijk, hingga menghasilkan gol penyamaan setelah Liverpool mendahului menerusi gol Sadio Mane.

Liverpool melakukan rombakan kecil dari lineup ketika di Munich dengan menurunkan Adam Lallana menggantikan Henderson dan Keita yang mengalami kecederaan.

Fulham terlebih dahulu melakukan percubaan ke gol menerusi Jean Michael Seri pada minit ke 8, tetapi melambung tinggi melepasi palang gol. Beliau pernah dikaitkan dengan Liverpool dahulu.

Giliran Liverpool menguji kecekapan Sergio Rico pada minit ke 10, dengan satu hantaran jauh Matip yang dikawal kemas Robertson sekaligus melepasi Fosu Mensah tetapi hantaran pendek beliau hanya tepat ke penjaga gol itu.

Liverpool cuba lagi menguji kecekapan penjaga gol Fulham menerusi tandukan pula dari Matip namun tersasar jauh dari gol pada minit ke 18.

Mane akhirnya memberikan gol pendahuluan buat beliau apabila bertukar tukar hantaran dengan Firmino, dan dikembalikan semula kepada beliau dan Mane tiada masalah untuk itu pada minit ke 24.

Berselang 4 minit, Mo Salah pula cuba melakukan rembatan jarak jauh tetapi mudah untuk Sergio Rico mendakap bola tersebut.

Minit ke 35 menyaksikan Andy Robertson pula melakukan larian pantas menghampiri near post tetapi percubaan rendah beliau sekali lagi dinafikan Sergio Rico di hadapan gol.

Bersambung babak kedua, Liverpool seolah olah mencuba untuk memperkemaskan rentak sambil cuba menambah jaringan.

Dan ia hampir berhasil pada minit ke 51, namun hantaran Robertson yang tepat kepada Wijnaldum di hadapan gol tetapi ianya tinggi sedikit dari palang gol.

Trent Alexander Arnold melakukan sepakan sudut cantik pada minit ke 53, tetapi bola itu hanya melintasi atas kepala Matip di hadapan gol.

Liverpool terus mencuba menerusi sepakan sudut pendek pula, dan satu hantaran Fabinho tepat ke kepala Van Dijk ke gol namun Sergio Rico lagi menjadi penyelamat untuk Fulham dengan menepis baik bola tersebut dan dikeluarkan pertahanan Fulham.

Gol yang cuba dicari Fulham hampir menjadi pada minit ke 64, dengan tandukan ke hadapan gol oleh Ayite menewaskan Alissom tetapi pembantu pengadil mengangkat bendera terlebih dahulu kerana ofsaid.

Tiga minit kemudian, Fulham melakukan serangan balas lagi dengan situasi sepakan sudut Liverpool yang gagal dikeluarkan Fabinho dan membiarkan Robertson berseorangan, tetapi pemain Scotland itu bijak melengahkan keadaan untuk pemain lain turun membantu. Aguissa akhirnya mendapat peluang untuk melakukan rembatan namun Alisson menangkap kemas bola itu.

Minit ke 70 menyaksikan Liverpool melakukan pertukaran dengan memasukkan Origi dan Milner sementara mengeluarkan Bobby dan Lallana.

Tetapi ia tidak menghalang Fulham untuk mendapatkan gol penyamaan apabila kesilapan komunikasi antara Alisson dan Van Dijk, seterusnya bola gagal dikeluarkan dengan kemas dan Babel hanya menolak bola itu masuk ke dalam gawang pada minit ke 72.

Babel sewajarnya dipuji oleh peminat Liverpool kerana tidak meraikan jaringan tersebut, respek untuk pemain yang pernah berkhidmat dengan kelab semasa era Benitez.

Hasrat Fulham melakukan sesuatu dalam perlawanan ini tidak kesampaian apabila kali ini Sergio Rico pula menjatuhkan Mane di hadapan gol dan pengadil tidak teragak agak untuk memberikan penalti buat Liverpool pada minit ke 80.

James Milner yang dikecam tanpa sengaja menerusi gol Fulham tadi akhirnya menjaringkan gol kedua buat Liverpool untuk kelab itu mendahului sekali lagi.

Liverpool mahu mencari killer goal, dengan Lallana, Origi dan Milner melakukan hantaran kemas di hadapan petak penalti lawan pada minit ke 84, namun final touch dari Wijnaldum hanya sedikit sipi dari pintu gol.

Selang 2 minit, Mane pula berjaya merampas bola dari bahagian tengah dan melarikan ke gol, namun lorongan untuk Salah menjaringkan gol tidak menjadi kenyataan apabila rembatan pemain Mesir itu tepat ke gol.

Meskipun Liverpool mengeluarkan Mo Salah dan memasukkan Sturridge di lewat perlawanan, Fulham seperti tidak mampu menghalang Liverpool membawa 3 mata penuh dari gelanggang mereka dan seterusnya kembali ke kemuncak liga buat masa sekarang.

ADMIN

Menang tetap menang. We take the big 3 points. YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman