Andrew Robertson Bakal Tersisih Dari Skuad Scotland

Difahamkan beliau tidak akan menyertai skuad Scotland ke Kazakhtan untuk Kelayakan Euro 2022.

Namun difahamkan beliau akan menyertai skuad Scotland ke San Marino pada Ahad depan.

Beliau telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan pergigian pada minggu hadapan.

Robertson dilaporkan telah mengharungi setiap minit sejak 12 perlawanan melibatkan Liverpool. Kali terakhir beliau direhatkan adalah semasa perlawanan FA Cup menentang Wolves, dengan sebelum itu mengharungi 7 perlawanan berterusan.

Buat Jurgen Klopp, ianya melegakan beliau kerana pemain itu tidak perlu mengharungi perjalanan jauh ke Kazakhtan, yang memakan masa 8 jam dari Scotland.

ADMIN

Macam macam hal. Tapi baguslah, kerana khidmat Robbo amat diperlukan Liverpool selepas ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman