Xherdan Shaqiri Pula Tersisih Dari Skuad Kebangsaan Switzerland

Pemeriksaan perubatan pasukan Switzerland mendedahkan beliau mengalami masalah pangkal paha (groin).

Dan beliau bakal terlepas aksi menentang Georgia dan Denmark dalam perlawanan Kelayakan Euro 2022.

Shaqiri tidak diturunkan oleh Liverpool sejak perlawanan menentang Man United di Old Trafford bulan lepas, dan hanya memanaskan bangku simpanan ketika perlawanan menentang Fulham pada Ahad lepas.

Namun Shaqiri dipanggil untuk menyertai skuad Switzerland tetapi telah dibawa ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjutan.

Dan hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami masalah pada pangkal paha yang menyebabkan beliau tersisih dalam dua perlawanan tersebut. Ketua jurulatih Vladimir Petkovic akan memanggil pengganti beliau pada hari ini.

Menurut Persekutuan Bolasepak Switzerland :

“Pasukan kebangsaan Swiss A tidak mendapat khidmat Xherdan Shaqiri pada perlawanan kelayakan Euro menentang Georgia (23 Mac 2019) di Tbilisi dan Denmark (26 Mac 2019) di Basel“.

“Pemain ini mengalami kecederaan pangkal paha yang menyakitkan”.

Ketika ini beliau menjaringkan 6 gol dari 21 penampilan bersama Liverpool setelah berhijrah dari Stoke City.

ADMIN

Get well soon, Shaqiri. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman