Virgil Van Dijk Bangkit Untuk Mempertahankan Mo Salah

Pemain Mesir ini mengalami tempoh kemarau gol yang agak panjang dalam kariernya di Anfield.

Dan pemain antarabangsa Belanda itu mendedahkan beliau dan rakan sepasukan sering memberi dorongan kepada Mo Salah untuk kembali ke prestasi sebenar beliau.

Ketika ini beliau gagal menjaringkan gol dalam 7 perlawanan terakhir Liverpool, namun berjaya menjaringkan 20 gol musim ini dalam semua kejohanan dan 17 gol dalam liga bersama sama penyerang Man City Sergio Aguero.

Namun Van Dijk percaya bahawa kemarau gol Mo Salah akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut beliau menerusi Liverpool FC :

“Mo adalah pemain berkelas dunia”.

“Orang boleh bercakap apa sahaja mengenai beliau namun saya berfikir semua pasukan di EPL mahu bermain di samping beliau. Kami beruntung memiliki beliau dan saya berpendapat beliau bermain dengan baik”.

“Gol itu akan tiba juga akhirnya. Itu persoalan yang sering bermain di fikiran seorang penyerang namun kami sentiasa menberitahu beliau untuk bekerja keras, bermain dengan baik dan segalanya akan bagus buat beliau”.

“Beliau masih lagi antara penjaring terbanyak kami. Bukan seperti saya dengan hanya dua gol!”

Ketika ini Mo Salah hanya menjaringkan 49 gol untuk Liverpool dari 67 penampilan.

ADMIN

Percayalah, bila dia start menjaringkan gol maka bunyi bunyi peminat suruh letakkan beliau di bangku simpanan akan lenyap.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman