Liverpool Boleh Mengorak Lebih Jauh Dalam Perlumbaan Liga Perdana – Emma Hayes, Pengurus Chelsea Women

Pengurus Chelsea Women, Emma Hayes menegaskan bahawa sifat “berdaya tahan” Liverpool telah menunjukkan mereka dapat pergi jauh dalam perlumbaan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Penalti James Milner di babak akhir perlawanan meletakkan kembali Liverpool di puncak Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 di Fulham

Mereka kini mempunyai dua mata yang jelas di bahagian atas jadual, tetapi Manchester City yang berada di tempat kedua mempunyai satu lagi perlawanan yang belum dimainkan.

Bercakap kepada The Debate, Hayes berpendapat pasukan Klopp masih memiliki peluang terbaik untuk menjulang gelaran liga pertama mereka dalam 29 tahun.

“Semua orang bercakap sama ada mereka bernasib baik atau berdaya tahan, sudah tentu mereka berdaya tahan,” katanya.

“Tidak kira bagaimana anda mencapai matlamat anda, ia sudah memadai bagi mereka. Mereka meyerlah pada satu minggu, dan merudum pada minggu lain, tetapi mereka telah menunjukkan mereka boleh pergi jauh.

“Mereka(Liverpool) perlu terus mencari peluang,” katanya. “Berpandukan jadual perlawanan, saya fikir terdapat beberapa perlawanan yang sukar untuk City yang tersepit di antara Liga Juara-Juara dan perlawanan Piala FA. Saya rasa akan ada kejutan lagi.”

Admin: Makin ramai yang bertaruh harapan ke atas Liverpool. Aura makin kuat #YNWA. Semoga slogan NEXT YEAR IS OUR YEAR tidak berulang lagi.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : Skysports

Post Author: Wade Wilson