TAA: Persembahan The Reds Pada Minggu Lalu Membuktikan Ketahanan Mental Liverpool

Trent Alexander-Arnold percaya permainan sepanjang minggu lalu telah membuktikan ketahanan mental yang makin membuak oleh Liverpool di samping sisi Jurgen Klopp memperlihatkan “karakter” mereka.

Liverpool kembali ke tangga teratas pada Ahad lalu selepas penalti lewat James Milner menghadiahkan tiga mata menentang pasukan Fulham yang berjuang menyamakan kedudukan menerusi Ryan Babel.

Kemenangan itu datang selepas kejayaan sensasi mereka terhadap Bayern Munich di Liga Juara-Juara dan usaha comeback yang sengit terhadap Burnley pada hujung minggu sebelumnya.

Ianya bagus untuk bangkit kembali dan memperlihatkan watak kami masing-masing,” kata Alexander-Arnold, yang menyerlah sebagai bek-kanan.

TAA yang sedang menempa tempat dalam skuad kebangsaan England di bawah kendalian Gareth Southgate berkata lagi “Ini mungkin tidak disedari pada musim ini, tetapi ia amat penting untuk kami. Dan saya fikir kita mungkin akan melihat kembali pada akhir musim dan berfikir bahawa, apa sahaja hasilnya, permainan ini penting untuk kami.”

Secara mentalnya, kami telah melalui banyak ujian minggu ini, tetapi berjaya keluar dengan tiga kemenangan dan itu semua adalah lebih dari cukup yang diberikan oleh pasukan.”

Alexander-Arnold menambah, bahawa dia percaya mungkin pasukan Liverpool pada tahun-tahun lalu akan agak gementar apabila kekucaran VVD dan Alisson membawa kepada gol penyamaan hasil jaringan Babel. Namun, itu tidak berlaku pada kali ini, The Reds sudah hampir lengkap dalam segala aspek permainan.

“Kekuatan kami adalah sesuatu yang perlu diakui, jadi penting bagi kami untuk kembali mantap selepas pulang dari pemainan antarabangsa untuk baki perlawanan menuju penghujung musim dan memberikan segala daya kami sehingga ke perlawanan terakhir.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : TelegraphUK

Post Author: Wade Wilson