Klopp : “Kemenangan 2 – 1 Ke Atas Fulham Lebih Baik Dari 1 – 0”

Keinginan The Reds untuk mencari gol kedua nyata memberi kelegaan kepada pengurus Liverpool tersebut.

Liverpool mendahului menerusi jaringan Sadio Mane pada separuh masa pertama, dengan 11 jaringan beliau dari 11 perlawanan sebelumnya buat pemain antarabangsa Senegal itu.

Namun ianya satu permulaan buat The Reds.

Kesilapan antara Alisson, Milner dan Van Dijk membolehkan Ryan Babel mencuri peluang untuk menjaringkan gol penyamaan buat Fulham dengan perlawanan ketika itu berbaki 15 minit sebelum tamat.

Dan akhirnya mereka berjaya mendahului lagi menerusi sepakan penalti oleh James Milner dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Dan selepas itu, Klopp memberikan pandangan beliau bagaimana kelegaan mendapat 3 mata hasil kemenangan 2 – 1 adalah lebih baik daripada 1 – 0.

“Dalam masa yang sama Milner menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, terdapat momen yang melegakan buat saya secara jujurnya”.

“Saya berpendapat tidak akan berlaku situasi yang berbahaya dengan kami kerana kami bertahan dengan baik selepas itu”.

“Ya, kami memberikan mereka dua atau tiga situasi, tidak cukup berbahaya namun boleh menimbulkan sesuatu masalah. Kami tidak sepatutnya melakukan itu namun itulah yang berlaku. Selepas perlawanan UCL pada pertengahan minggu, sesekali dalam separuh masa pertama anda kena merubah sesuatu. Kami menentang Burnley, Bayern Munich dan Fulham dalam situasi pasukan yang berbeza jadi kami harus menyesuaikan dengan perkara tersebut”.

“Fulham adalah pasukan yang bagus dan mampu melakukan apa sahaja untuk kekal dalam liga – mereka hanya mahu bermain bolasepak dan menunjukkan kemampuan mereka. Itu yang mereka lakukan dan kami lebih banyak berlari di mana ianya memenatkan kami ketika itu setelah mengharungi perlawanan pertengahan minggu”.

“Mungkin disebabkan itu, beberapa decision making kami tidak begitu baik. Namun di separuh masa kedua, kami memperolehi banyak peluang dan menambah gol namun tidak berjaya”.

“Selagi kedudukan masih 1 – 0, pintu untuk gol penyamaan masih terbuka. Mereka menggunakan kesempatan yang ada namun kami harus kekal fokus – dan sekarang kelegaan itu lebih baik daripada 1 – 0”.

“Kerja keras pemain dalam setiap perlawanan berbaloi. Anda sendiri lihat bagaimana berakhirnya jadual perlawanan yang padat buat kami”.

“Sekarang beberapa pemain kami akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa, dan beberapa pemain lagi akan berehat buat sementara. Dan kami akan bermula semula selepas mereka kembali, dan diharap mereka semua kekal cergas dan kita akan bermula semula”.

ADMIN

Kemenangan yang bermakna sebenarnya untuk Liverpool. Sekarang ada yang terlibat dengan tugasan antarabangsa dan ada yang berehat.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman