Trent Alexander Arnold Kembali Ke Liverpool Setelah Mengalami Kecederaan

Beliau melaporkan diri untuk skuad kebangsaan meskipun mengalami masalah belakang.

Dan akhirnya beliau telah dilepaskan dari tugasan antarabangsa dan kembali ke kelab untuk menjalani rawatan.

Sebelum ini beliau telah mengalami kecederaan belakang ketika menentang Burnley pada 10 Mac – dan tidak mengalami masalah meskipun dilaporkan berlatih dan bermain dalam kecederaan.

Staf England telah sedia maklum mengenai kecederaan beliau tersebut, namun beliau sendiri mahu staf perubatan kelab untuk melakukan pemeriksaan lanjutan terhadap beliau sebelum membuat keputusan untuk bermain.

Echo difahamkan juga Trent tidak mahu menarik diri dari skuad kebangsaan disebabkan menghormati Gareth Southgate dengan melapor diri di kem skuad kebangsaan pada Isnin dan cuba melibatkan diri dalam beberapa sesi latihan.

Meskipun isu kecederaan beliau tidak pulih dan terpaksa dikeluarkan dari skuad kebangsaan, beliau dijangka tidak akan tersisih dari perlawanan melibatkan Liverpool selepas ini.

Liverpool akan menentang Spurs pada 31 Mac hadapan di Anfield.

ADMIN

Diharap kecederaan yang dialami oleh Trent Alexander Arnold tidak terlalu berpanjangan hingga menganggu prestasi beliau.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman