Analisis : Liverpool Perlu Menukar “Trend Perpindahan” Jika Mahukan Khidmat Paolo Dybala

The Reds telah dikaitkan dengan perpindahan Paulo Dybala menerusi akhbar Itali, tetapi mahukah FSG mengubah trend perpindahan mereka sebelum ini untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Dan ianya khabar angin perpindahan yang menarik minat kebanyakan penyokong Liverpool ketika ini.

Menerusi tabloid Itali Turto Mercato minggu ini, mereka mendakwa Liverpool serius dalam usaha mendapatkan pemain Juventus tersebut.

Penyokong biasanya akan hanyut sementara apabila mendengar khabar angin seperti ini, lebih lebih lagi pintu perpindahan musim panas semakin menghampiri namun ramai juga berpendapat ianya cuma pelaris muka hadapan akhbar.

Dan adakah Liverpool benar benar memburu dan berjaya mendapatkan khidmat pemain yang merupakan salah satu aset besar untuk gergasi Serie A ini?

Berdasarkan sudut Liverpool, mereka telah membuktikan bahawa mereka telah menjadi salah satu kuasa besar dalam pasaran perpindahan dalam beberapa siri pintu perpindahan yang lalu.

Sejak Mo Salah menyertai Liverpool pada musim panas 2017 sekaligus memadamkan rekod perpindahan Andy Carroll pada 2011, mereka juga telah beberapa kali berurusniaga dalam amaun lebih tinggi dari £35 juta dalam beberapa musim seterusnya.

Alex Oxlade Chamberlain, Naby Keita, Virgil Van Dijk, Fabinho dan Alisson Becker adalah antara pemain yang lebih tinggi nilai perpindahannya dari Andy Carroll pada 2011.

Menjelang tamat musim 2019, Liverpool mungkin akan memasuki pasaran perpindahan lebih jauh dengan mungkin membawa gelaran sebagai juara EPL atau juara UCL.

Tetapi persoalannya, adakah perpindahan Dybala ini cukup realistik buat Liverpool?

Kita sendiri masih tertanya tanya bagaimana keadaan kewangan Juventus apabila mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo dengan nilai lebih £100 juta musim panas lepas. Tetapi Juventus sendiri telah menjulang gelaran Serie A sebanyak 7 kali dan mendapatkan wang yang banyak menerusi penglibatan mereka dalam UCL.

Selain itu, Liverpool juga terpaksa mengubah polisi perpindahan mereka sebelum ini jika benar berminat untuk mendapatkan khidmat Paolo Dybala.

Meskipun Liverpool dilimpahi dengan sejarah kehebatan kelab zaman dahulu, namun realitinya Liverpool amat jarang membawa pemain bintang dari antara kelab terbaik di dunia buat masa sekarang.

Ketika era Liga Perdana, Liverpool hanya berjaya mendapatkam khidmat Luis Garcia dan juga Antonio Nunez masing masing dari Barca dan Real Madrid pada 2005. Selain itu, pembelian Fernando Morientes dari Real Madrid juga merupakan sebahagian perjanjian perpindahan Michael Owen ke Los Blancos ketika itu.

Manakala nama besar yang dibawa dari Juventus oleh Liverpool adalah tidak lain tidak bukan, Ian Rush sendiri yang gagal menyesuaikan diri di kelab tersebut setelah berhijrah selama setahun di sana.

Beberapa nama lain seperti Christian Poulsen dan Jari Litmanen merupakan pemain yang tiba dari Juventus dan Barca, namun tidak dipastikan samada ketika itu kelab sebenarnya mahu melepaskan pemain itu.

The Reds sendiri telah 25 tahun membentuk pemain terbaik mereka menjadi pemain berkelas dunia berbanding membeli pemain bintang yang telah menempa nama dalam dunia bolasepak.

Dalam ertikata lain, Liverpool lebih suka berurusniaga untuk mendapatkan pemain dari kelab yang “kecil” sedikit daripada mereka berbanding berurusniaga dengan kelab yang menganggap Liverpool “setaraf” dengan mereka.

Baru baru ini juga Klopp telah menggariskan bahawa Liverpool juga tidak akan berbelanja seperti musim panas lepas yang bernilai lebih £170 juta.

Jurgen Klopp :”Liverpool Tidak Perlu Berbelanja Besar Untuk Perpindahan Musim Panas”.
Kenyataan Klopp mengenai pelan perpindahan musim panas hadapan.

FSG juga telah membuktikan bahawa mereka tidak gentar untuk memasuki pasaran perpindahan dan melakukan perpindahan mega sejak beberapa pintu perpindahan lepas.

Tetapi ia memerlukan lonjakan tinggi dalam kepercayaan terhadap Klopp sekiranya mereka mahu bersikap agresif terhadap perpindahan Dybala pada musim panas hadapan.

ADMIN

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tetapi FSG dan Klopp harus berganjak dari “zon selesa” mereka jika mahu mendapatkan pemain bintang sedia ada.

Sebelum ini Liverpool banyak mendapatkan pemain “prospek” sedang meningkat naik. Dan adakah Liverpool berani mengubah polisinya?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply