Phil Coutinho Diberikan “Peluang Terakhir” Untuk Menunjukkan Prestasi Sebenarnya Bersama Barcelona

Masa depan beliau akan menjadi tumpuan apabila beliau dikehendaki mempamerkan prestasi sebenar ketika menentang Man United dalam Suku Akhir UCL.

Dan pengurus Barcelona dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan beliau selepas perlawanan tersebut.

Bekas pemain Liverpool itu gagal mempamerkan prestasi sebenarnya setelah berhijrah ke kelab Catalan itu pada Januari 2018 dengan nilai £142 juta.

Dengan hanya 4 gol dan 2 bantuan gol diberikan beliau sepanjang musim ini, pemain ini hanya beraksi hanya dalam 16 perlawanan La Liga bersama Barca dengan majoriti penampilan beliau hanya mengisi tenpat Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan.

Selain itu Coutinho sendiri pernah diejek penyokong Barcelona sendiri ketika kemenangan ke atas Rayo Vallecano dengan 3 – 1, tetapi Ousmane Dembele yang tersisih buat masa sekarang disebabkan kecederaan hamstring maka beliau berpeluang untuk menunjukkan sesuatu untuk mengubah nasib beliau.

Selepas ini Barcelona akan menentang Espanyol, Villareal dan Atletico Madrid sebelum perlawanan UCL menentang Man United – kelab yang dikaitkan dengan perpindahan beliau sebelum ini.

Sport mendakwa pengurus Barcelona itu akan bertemu dengan wakil pemain tersebut untuk selepas perlawanan UCL tersebut untuk membincangkan masa depan pemain tersebut.

Mereka mendakwa Barcelona masih berharap Coutinho dapat mengubah nasib beliau selepas ini tetapi lebih terbuka untuk menjual beliau dengan kelab lain jika kesemua pihak mencapai persetujuan mengenai itu.

ADMIN

Masa depan Coutinho di Barcelona agak samar sekarang, dan ada potensi beliau akan dilepaskan.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman