Legenda Steven Gerrard Menjaringkan Gol Lagi Ke Atas Milan

Beliau menjaringkan gol di penghujung saingan bagi membolehkan Liverpool Legends menewaskan Milan Glorie 3 – 2.

Beliau mengimbau kembali kenangan ketika beliau menjadi kapten Liverpool beberapa musim lepas dan kali ini beliau kembali untuk perlawanan amal bagi LFC Foundation.

Lebih 50,000 peminat Liverpool membanjiri Anfield semalam dan mereka tidak pulang dengan kehampaan apabila menyaksikan pengurus Rangers itu menjaringkan gol ketiga buat Liverpool Legends, sepertimana yang dilakukan beliau pada Final UCL 2005.

Menurut Gerrard menerusi Liverpool FC :

“Ianya sesuatu yang istimewa jika dapat kembali ke Anfield, terutama jika stadium dipenuhi peminat dan menyarung jersi Liverpool”.

“Bermain menentang Milan bersama sama bekas rakan sepasukan, dan menjaringkan gol kemenangan adalah sesuatu perasaan yang hebat. Terima kasih kepada peminat kerana sudi hadir dan menyokong kami sekali lagi”.

“Rakan rakan saya sudi meluangkan masa bermain di sini – mereka sepatutnya bersama keluarga sekarang namun mereka kembali dengan tujuan yang baik dan menghiburkan peminat. Persembahan terbaik dari rakan rakan saya”.

Satu satunya trofi yang gagal dimenangi oleh Gerrard adalah Liga Perdana Inggeris dan beliau merupakan antara orang yang paling gembira jika Liverpool berjaya mengatasi Man City untuk kejuaraan liga tersebut.

“Ia masih menghantui fikiran saya”.

“Namun ianya sudah berlalu dan fokus saya adalah Rangers. Namun saya masih menantikan sesuatu di Anfield dan berharap mereka mampu lakukannya musim ini kerana saya ketika itu akan menjadi orang paling gembira di dunia”.

ADMIN

Typical Steven Gerrard. Sentiasa berada di mana mana ketika pasukan memerlukannya. YNWA

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply