Mesej Andrea Pirlo Kepada Peminat LFC Selepas Perlawanan Amal

Lagenda Itali ini menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma ketika perlawanan Liverpool Legends vs Milan Glorie semalam.

Dan Andrea Pirlo menyampaikan mesej yang menyentuh hati kepada peminat Liverpool meskipun pasukannya Milan Glorie tewas 3 – 2 hasil jaringan gol lewat Steven Gerrard.

Bercakap selepas perlawanan tersebut, beliau memberikan penghormatan kepada semua penonton yang hadir menyaksikan di mana Liverpool Foundation berjaya meraih £1 juta dalam perlawanan tersebut.

Menurut Pirlo :

“Ianya sungguh istimewa dapat beraksi di Anfield. Suasana di sini sememangnya hebat”.

“Ianya sesuatu yang hebat dapat beraksi di sini semula”.

Mengenai golnya, beliau menambah :

“Saya sering mahu menjaringkan gol seperti itu dalam karier saya”.

“Menjaringkan gol di Anfield adalah sesuatu perasaan yang bagus”.

“Saya amat gembira – bukan kerana keputusan namun berjaya menyumbang untuk perlawanan amal”.

Beliau juga mengesyorkan perlawanan amal ini diadakan di Itali pula melibatkan kedua dua pihak.

ADMIN

Anda tetap terpahat sebagai salah seorang lagenda bolasepak dunia, Pirlo. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply