Andrea Pirlo “Mencipta” Semula Cover Album Abbey Road – Di Liverpool

Lagenda bolasepak Itali ini mungkin akan membantu Liverpool meningkatkan hasil dari segi pelancongan.

Jika di Liverpool, tidak sah kalau seseorang itu tidak cuba untuk “mencipta” semula cover album untuk ikon hiburan di sana iaitu The Beatles.

Itu yang dilakukan oleh Andrea Pirlo ketika kunjungan beliau ke Anfield bagi perlawanan amal antara Liverpool Legends vs Milan Glorie.

Bersama sama rakan beliau Gennaro Gattuso, Massimo Oddo dan Massimo Ambrosini, mereka “mencipta” semula album cover Abbey Road di pusat bandar Liverpool.

Dan berikut adalah posting daripada Andrea Pirlo menerusi Instagram beliau.

Foto Andrea Pirlo mencipta semula cover album The Beatles

Dan sebenarnya Abbey Road terletak di London namun “location” Pirlo di Liverpool itu tidaklah menjadi terlalu sentimen.

ADMIN

Berikut adalah cover album Abbey Road sebenar oleh The Beatles.

The Beatles.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman