Perlawanan Antarabangsa : Pemain Reds Mengalami Nasib Berbeza

Virgil Van Dijk dan Georginio Wijnaldum merupakan sebahagian dari skuad Netherlands yang bangkit untuk menyamakan kedudukan 2 – 2 setelah ketinggalan 2 – 0 namun akhirnya tewas 3 – 2 kepada Germany.

Kedua dua pemain bermain sepanjang 90 minit penuh dan Wijnaldum berjaya membantu Memphis Depay untuk menjaringkan gol penyamaan tetapi Nico Schulz meledakkan gol pada minit akhir perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada Germany dalam kancah kelayakan Euro 2020.

Dejan Lovren juga merupakan sebahagian pemain Croatia yang mengalami kekalahan dalam aksi kelayakan juga apabila tumpas 2 – 1 kepada Hungary.

Manakala Andy Robertson pula berada dan mengetuai skuad Scotland untuk mencatatkan kemenangan ke atas San Marino 2 – 0.

Simon Mignolet dan Divock Origi pula merupakan pemain yang tidak diturunkan dalam skuad Belgium yang mencatatkan kemenangan 2 – 0 ke atas Cyprus di Nicosia.

Ben Woodburns pula berada di bangku simpanan ketika Wales mencatatkan kemenangan 1 – 0 ke atas Slovakia. Harry Wilson yang ketika ini dipinjamkan ke Derby County, dimasukkan pada minit ke 87.

Caoumhin Kelleher mencatatkan rekod tanpa bolos untuk skuad Republic Of Ireland Bawah 21 Tahun dengan kemenangan 3 – 0 ke atas Luxembourg.

Dan Curtis Jones mencatatkan kejayaan peribadi dalam penglibatan dengan England Bawah 18 Tahun apabila membantu pasukan itu dengan satu assist gol kemenangan ke atas Mexico 3 – 2 dalam kejohanan UAE Sports Chain Cup.

England Bawah 18 Tahun meraih gelaran naib juara dengan kejohanan itu berlangsung di Dubai.

Rhys William turut diturunkan dalam perlawanan itu di mana beliau dilayangkan kad merah atas 2 kad kuning manakala Bobby Duncan diturunkan dalam separuh masa kedua.

ADMIN

Bila Germany dan Netherlands duduk dalam kumpulan yang sama, maka Germany akan belajar sesuatu dari perlawanan lepas.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman