Liverpool Sudah Bersedia Untuk Menyingkirkan “Memori Chelsea 2014”.

Ketika ini Liverpool belum pernah lagi menewaskan Chelsea di Anfield sejak 2012.

Ianya satu penanda aras samada skuad Jurgen Klopp sekarang mampu mengatasi segala cabaran di hadapan mereka, dengan sebelah kaki telah diletakkan di separuh akhir UCL dengan minimum permainan 90 minit lagi di Portugal.

Namun peminat hanya memberi tepukan dan ucapan tahniah kepada The Reds di atas kemenangan itu sekaligus tugas telah dilaksanakan dengan baik.

Ia memberi isyarat bahawa ia hanya satu malam Eropah yang jarang diingati di masa hadapan di Anfield.

Mengenalpasti kelemahan lawan dan menjaringkan 2 gol awal merupakan salah satu taktikal yang berjaya dalam beberapa musim ini, dan peminat telah menjangkakan The Reds mampu menumpaskan juara Portugal itu dan mengawal permainan buat masa sekarang.

Tetapi sebelum wisel penamat menentang Porto sekalipun, kita telah memikirkan halangan seterusnya yang akan ditempuhi oleh Liverpool pada hujung minggu ini.

Dan Jurgen Klopp tahu, perlawanan UCL kali ini tidaklah sebesar perlawanan liga yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Ya benar, ia adalah satu perlawanan bertekanan tinggi lagi di Anfield.

Seteru lama, Chelsea akan bertandang ke Anfield. Ianya kenangan yang amat memeritkan berbalik pada April 2014 setelah insiden “Gerrard Slip” dan seterusnya Demba Ba menghancurkan parti yang sepatutnya meriah ketika itu.

Lima tahun berlalu, Liverpool telah berubah sepenuhnya. Hanya Simon Mignolet yang masih berada dalam skuad Liverpool yang bermain dalam perlawanan tersebut.

Kesimpulan mudah, jika Liverpool mahu kekal bersaing merebut kejuaraan liga maka mereka harus melakukan sesuatu yang mereka sendiri gagal melakukannya pada 5 atau 7 tahun lepas – menewaskan Chelsea di Anfield.

Ianya kemarau kemenangan yang agak lama sejak kali terakhir pasukan kendalian Kenny Daglish menumpaskan Chelsea 4 – 1 di Anfield pada Mei 2012.

Selepas itu 8 pertemuan dengan Chelsea di Anfield berakhir dengan 3 kekalahan dan 5 kali seri.

Kelibat Eden Hazard, yang menjaringkan gol di Anfield ketika perlawanan Carabao Cuo musim ini pada September telah menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan terakhir Chelsea, sekaligus memberikan isyarat apa yang mereka mampu lakukan kali ini di Anfield.

Walaupun ianya musim turun naik buat skuad Maurizio Sarri dalam tahun pertamanya, tetapi mereka telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Carabao Cup, merampas kembali kedudukan ketiga liga dan menempatkan diri di Suku Akhir Europa League musim ini.

Pertandingan Eropah ini memberikan kelebihan buat Liverpool ketika ini, dengan memperolehi 2 hari tambahan untuk berehat berbanding Chelsea yang hanya akan turun bermain pada awal pagi esok menentang Slavia Prague.

Hanya 5 perlawanan sahaja yang membezakan antara Anfield dan kejuaraan yang mereka nantikan selama 29 tahun.

Menyelesaikan tugasan mereka selanjutnya bakal meletakkan kelab itu berada pada 97 mata. Dan jika Man City juga menyelesaikan tugasan mereka, akan mendapat 98 mata. Sesuatu persaingan hingga hari terakhir yang tidak dapat digambarkan dalam sejarah bolasepak Inggeris.

Liverpool adalah pasukan yang mungkin memiliki keyakinan yang tinggi hujung minggu ini.

Momentum kemenangan berterusan dicatatkan dalam 6 perlawanan sebelumnya meskipun beberapa nama pemain seperti Joel Matip, Andy Robertson dan Gini Wijnaldum tidak diturunkan pada perlawanan kelmarin.

Kebangkitan pemain tengah seperti Naby Keita dan Jordan Henderson juga memberi dimensi baru dalam serangan, dengan Dejan Lovren telah mampu bermain 90 minit dan Roberto Firmino mnyumbang 1 gol dan 1 assist.

Ianya dilihat sebagai satu musim yang sukar pada awalnya namun skuad Klopp telah membuktikan Liverpool mengharunginya dengan gaya tersendiri dengan banyak pilihan.

Secara kontras pula, moral Man City telah tersentak berikutan kekalahan ke atas Spurs semalam, manakala Liverpool pula bermain dalam kadar yang tidak bertempo tinggi.

Dan pertembungan ini juga akan lebih signifikan dengan Man City akan menentang Palace terlebih dahulu sebelun perlawanan menentang Liverpool.

Kekuatan suara Anfield tidak diperlukan sangat pada malam semalam, namun akan diperlukan lagi pada Ahad untuk skuad Sarri tidak senang duduk.

ADMIN

Kita belum pernah lagi menumpaskan Chelsea di Anfield sejak 2012. Masa untuk menulis semula sejarah baru kelab yang lebih baik. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply