Eden Hazard Bakal Direhatkan Ketika Menentang Slavia Prague

Manakala Liverpool akan melayani kunjungan Chelsea pada Ahad ini.

Difahamkan Eden Hazard dilaporkan mengalami “keletihan” ketika menjelang pertemuan Europa League menentang Slavia Prague di Hungary awal pagi esok.

Maurizio Sarri menyatakan dalam sidang media bahawa beliau akan melakukan 5 atau 6 pertukaran dalam perlawanan Europa League sebelum bertandang ke Anfield hujung minggu ini.

Hazard sebelum ini telah menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan sebelumnya dan memainkan peranan penting dalam kemenangan sebelumnya.

Menurut Sarri dalam sidang media :

“Kami tidak tahu samada Hazard boleh diturunkan atau tidak dalam perlawanan kali ini kerana beliau baru melakukan latihan pemulihan di gym dan kami tidak melihat kelibat beliau”.

“Pagi ini beliau nampak keletihan and kami akan menanti situasi beliau esok dan akan membuat keputusan”.

“Slavia bermain pada hari Sabtu namun kami bermain pada hari Isnin. Saya tidak tahu kenapa. Kami harus menukar 5 atau 6 pemain kali ini”.

“Dan semestinya kami akan menentang Liverpool tiga hari kemudiannya”.

ADMIN

Perlawanan penting kan, mestilah pemain utama mereka direhatkan. Taktik tu. Slavia Prague apalah sangat.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply