Liverpool Dengan Nike Belum Mencapai Persetujuan : Adidas Turut Berbincang

The Reds masih mengadakan perbincangan dengan kedua dua gergasi barangan sukan tersebut dan dilaporkan akan melebihi £750 juta.

Sportsmail melaporkan bahawa pada Disember lepas perjanjian antara Liverpool dan New Balance yang bernilai £45 juta setahun akan tamat pada musim panas 2020, dan The Reds bersikap terbuka untuk mencari pembekal jersi mereka yang terbaru.

Sumber dalaman dari Anfield percaya mereka dapat memeterai perjanjian dengan penaja jersi yang baru yang mungkin melebihi rekod £750 juta yang dimiliki oleh Manchester United bersama Adidas buat masa sekarang.

Namun kelab telah menyatakan bahawa belum ada lagi persetujuan bersama yang dimuktamadkan buat masa sekarang.

New Balance mempunyai hubungan baik dengan Liverpool sejak mengambilalih tajaan jersi dari Warrior pada 2012 dan Liverpool telah menolak tawaran tajaan baru itu, dan difahamkan New Balance masih berusaha untuk menyaingi tawaran oleh pesaing mereka.

Samada New Balance berjaya menyaingi tawaran yang dilakukan oleh Nike dan Adidas adalah sesuatu yang belum dimuktamadkan.

Sebelum ini Man City telah mencapai persetujuan dengan Puma untuk jangka panjang yang bernilai £650 juta.

ADMIN

Perbincangan lanjut semalam beralih kepada persaingan sudah.

Sumber : Dominic King – Daily Mail

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply