Liverpool FC Mengalu Alukan Rakan Kongsi Terbaru Dari Malaysia

The Reds bersama sama syarikat penjualan barangan sukan terbesar di Malaysia, Al Ikhsan menjadi rakan kongsi yang akan membolehkan ramai peminat Liverpool di Malaysia memperolehi item kelab rasmi.

Perjanjian itu juga akan membolehkan kelab dan Al Ikhsan Sports bekerjasama untuk membuka 55 kedai “shop in shop” dan 3 kedai di seluruh Malaysia, bersama sama kiosk di pusat beli belah terpilih sekaligus memperkembangkan lagi e dagang menerusi laman web untuk kawasan serantau.

Sebanyak 27 kedai “shop in shop” akan dibuka di seluruh Malaysia bermula pada 16 April ini, untuk membolehkan lebih ramai peminat Liverpool mendapatkan jersi replika New Balance, selain daripada barangan cenderahati, pakaian dan aksesori pakaian.

Al Ikhsan Sport telah ditubuhkan sejak 1993 dan sejak itu telah menjadi syarikat penjual barangan sukan terbesar dan dominan di Malaysia, sekaligus menjadi antara syarikat penjual barangan sukan terbesar di Asia Tenggara sejak 25 tahun lepas. Sports Good Intelligence Report mendedahkan bahawa Al Ikhsan berada dalam kedudukan ke 63 dari segi “Pembekal Barangan Sukan Terbesar Di Galaksi”.

Menurut Pengarah “Merchandising” Liverpool Mike Cox :

“Kami berbesar hati untuk mengalu alukan kehadiran Al Ikhsan ke dalam bolasepak global bersama sama kami. Rakan kongsi seperti ini adalah amat besar buat kami, untuk memastikan kami dapat membantu peminat kami yang berada di seluruh dunia dan bukan sahaja di Liverpool”.

“Hubungan baru bersama Al Ikhsan adalah sesuatu yang mampu memberikan nilai tambah kepada kami dengan kami mahu meneruskan operasi di Malaysia dan kawasan serantau, dengan peminat kami boleh mendapatkan pelbagai barangan rasmi kelab dan merasai lebih dekat dengan Liverpool”.

Manakala Vach Pillutla, CEO Al Ikhsan berkata :

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Liverpool FC untuk mendekatkan penyokong dan peminat bolasepak di seluruh negara”.

“EPL adalah liga yang popular di Malaysia dan Liverpool FC adalah antara kelab yang diikuti ramai peminat. Malaysia adalah antara pengikut bolasepak teramai di peringkat global”.

“Kami yakin bahawa hubungan ini akan mengukuhkan lagi jenama Liverpool di mata dan hati peminat. Hubungan ini juga penting kepada pengasas kami, Tuan Haji Ali Hassan yang menyokong Liverpool sepanjang masa”.

ADMIN

Tahniah kepada Al Ikhsan kerana menjadi rakan kongsi baru untuk Liverpool FC. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman