Berehatlah, Tommy Smith

Seluruh warga Liverpool bersedih di atas kematian seorang lagenda kelab, Tommy Smith.

Smith yang telah berkhidmat selama hampir 2 dekad bersama kelab dan telah diberi jolokan iaitu “Anfield Irons” oleh peminat, meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Dilahirkan di Liverpool pada 1945, beliau telah melakukan penampilan sebanyak 638 kali bersama kelab dari tahun 1960 hingga 1978. Beliau telah menjaringkan 48 gol bersama kelab dan meraih 9 kejuaraan, dengan menjadi kapten The Reds selama 3 tahun.

Smith memainkan peranan penting buat kelab apabila memenangi Piala FA buat kelab pertama kalinya dalam sejarah pada 1965, dan ketika itu Bill Shankly sebagai pengurus.

12 tahun kemudian di bawah kendalian Bob Paisley, beliau menjaringkan gol kemenangan di mana telah membawa Piala Eropah (kini UCL) buat pertama kalinya ke Liverpool selepas menewaskan Borussia Mochengladbach pada perlawanan akhir di Rom.

Secara peribadi beliau telah membantu kelab menjuarai 4 kejuaraan liga, 1 kejuaraan Eropah, 2 Piala FA dan 2 Piala UEFA.

Menurut anak perempuannya Janette Simpson :

“Ayah kami meninggal dengan tenang semasa dalam tidur pada 4.30 petang di rumah penjagaan Green Hayes, Park Road, Waterloo, Crosby”.

“Saya dalam perjalanan untuk mengunjungi beliau ketika beliau meninggal”.

“Ayah berada di sini sejak Februari lepas setelah sebelum ini beliau tinggal dalam penjagaan di Maghul selama 3 tahun”.

“Sejak 3 bulan lepas, beliau berada dalam keadaan lemah dan sering sakit sakit”.

“Kami semua amat berasa sedih sekarang“.

“Ibu kami, Sue telah meninggal dunia sejak 4 tahun lepas. Kematian ibu memberikan tamparan hebat buat ayah dan sejak itu kesihatan beliau semakin merosot”.

Tommy Smith meninggalkan 2 anak iaitu Janette dan Darren, bersama sama 4 cucu iaitu Matthew, William, Jessica dan Imogen.

ADMIN

Seluruh warga kerja kelab amat bersedih di atas pemergian beliau. YNWA Tommy Smiths.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman