Salah Dan Mane “Bom” Chelsea : Menang 2 – 0 Di Anfield

Kemenangan itu sudah cukup untuk meletakkan Liverpool kembali ke takhta liga dengan 1 perlawanan dalam tangan.

Jurgen Klopp merombak sedikit barisan pertahanan dengan kembalinya Robbo dan juga Matip, dan menggandingkan Fabinho – Keita dan Henderson di bahagian tengah.

Liverpool memulakan perlawanan dengan tempo tinggi apabila terus menghantar bola ke kawasan Chelsea untuk terus menekan pertahanan Chelsea.

Mane memulakan ujian terhadap kekentalan kubu Chelsea dengan melakukan satu hantaran lintang kepada Salah pada minit ke 5, namun voli Salah tepat kepada Kepa.

Liverpool terus melancarkan serangan untuk 18 minit seterusnya dengan satu hantaran cantik dari Trent kepada Keita, dengan pemain Guinea itu melakukan larian ke gawang dan disusuli hantaran ‘outside foot’ namun hanya tepat ke Kepa sekali lagi.

Dua minit berselang, Hazard berjaya melepasi Matip dan melakukan larian ke gol namun hanya menyaksikan rembatan leretnya tepat ke dakapan Alisson.

Giliran Henderson pula cuba melakukan sesuatu di hadapan gol apabila menerima satu tandukan ‘lay off’ dari Salah di hadapan petak penalti namun dihadang oleh David Luiz pada minit 25.

Chelsea hampir memperolehi peluang keemasan untuk membolosi gawang Liverpool, setelah Willian menerima hantaran jauh David Luiz dan seterusnya berjaya menggelecek Henderson dan Van Dijk pada minit ke 30 tetapi rembatan padunya meliar dari pintu gol.

Liverpool semakin rapat untuk mendapatkan gol pendahuluan, apabila kali ini Mane mendapat peluang untuk melepaskan rembatan ke gol menerusi hantaran pendek Salah namun hanya sedikit sipi dari pintu gol Chelsea pada minit ke 36.

Sebelum rehat, sepakan percuma Trent berjaya dikuis Firmino di hadapan gol dan Kepa terpaksa menepis bola tersebut sebelum pembantu pengadil memberi isyarat bahawa beliau telah ofsaid terlebih dahulu.

Babak kedua bersambung dengan Liverpool lebih agresif untuk menyerang khususnya dari sebelah kiri gawang Chelsea.

Dan serangan dari sebelah itulah yang memberikan Liverpool gol pendahuluan pada minit ke 50, apabila Henderson berjaya menyambar bola di dalam petak penalti dan melakukan satu hantaran lintang cantik dengan Mane yang tidak dikawal menanduk masuk bola tersebut.

Selang 2 minit, Mo Salah membuktikan kualiti yang ada pada beliau apabila satu hantaran jauh Van Dijk, dikawal dengan baik oleh beliau dengan melepasi kawalan Emerson untuk beliau menyudahi dengan rembatan padu melepasi jangkauan Kepa di sudut gawang.

Firmino juga hampir menambah gol ketiga menerusi satu rembatan leret pada minit ke 56 namun sipi dari gol Chelsea.

Chelsea cuba memberi reaksi serangan dengan Hazard melepasi perangkap ofsaid Liverpool, dan kemudiannya melepaskan rembatan melepasi Alisson namun terkena tiang pada minit ke 58.

Selang dua minit, sekali lagi Alisson bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan jarak dekat Hazard untuk memberi kelegaan kepada jutaan peminat Liverpool buat sementara waktu.

Klopp melakukan pertukaran pertama pada minig ke 66, dengan mengeluarkan Keita dan memasukkan Wijnaldum.

Giliran Trent Alexander Arnold pula melakukan percubaan ke gol pada minit ke 71 dengan melepasi kawalan Azpilicueta dengan rembatan susulan ke gol namun lemah dan mudah buat Kepa.

Minit ke 75 menyaksikan Jordan Henderson dikeluarkan untuk James Milner, yang tampak seperti mengalami kecederaan setelah ditakel keras oleh pemain Chelsea.

Liverpool sekali sekala melakukan percubaan lagi untuk menambah gol menerusi rembatan Firmino pada minit ke 79, dan juga Mane pada minit ke 85 namun kedua duanya hanya tepat ke penjaga gol.

Pertukaran lewat Shaqiri untuk Mo Salah dilakukan di lewat perlawanan namun hanya untuk menambah penguasaan bola dengan Chelsea tidak mampu berbuat apa apa lagi selain daripada merelakan Liverpool meraih 3 mata pada malam ini.

ADMIN

Akhirnya badi 7 musim tanpa kemenangan di atas Chelsea terlerai juga. YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply