Jurgen Klopp : Gol Mo Salah Mengagumkan!

Pengurus Liverpool itu terkesima dengan rembatan “roket” pemain Mesir dan memuji persembahan pasukan ketika menentang Chelsea.

Dan beliau mahu anak buahnya terus fokus untuk baki perlawanan liga musim ini dalam perebutan kejuaraan EPL.

Salah menjaringkan gol selepas 142 minit gol pembukaan Sadio Mane untuk memberikan Liverpool kelebihan 2 mata ke atas Man City buat masa sekarang.

Klopp lebih teruja dengan apa yang disifatkan beliau sebagai persembahan berpasukan untuk gol Sadio Mane, namun apa yang dilakukan Mo Salah selepas itu menyebabkan beliau tidak dapat berkata apa apa lagi.

Menurut Jurgen Klopp :

“Ianya mengagumkan saya”.

“Saya tidak dapat berfikir apa apa buat masa sekarang namun saya gembira kerana ketika itu saya sebaris dengan kedudukan bola dan tahu ia akan menerjah jaring. Ianya penyudah yang cukup baik namun saya juga memuji gol pertama itu juga”.

“Gol pertama itu mengingatkan saya kepada kemenangan 4 – 3 ke atas Dortmund. Hendo menjadi Milly dan Sadio menjadi Lovren namun sebenarnya kerjasama berpasukan yang baik, hantaran lintang yang baik dan juga penyudah yang baik. Persembahan yang baik namun kami mahukan gol dan kami berjaya mendapatkannya”.

Salah ketika ini telah mendapat 19 gol dalam liga dan 22 gol secara keseluruhan musim ini, namun beliau gagal menjaringkan sebarang gol dari 8 perlawanan sebelum Southampton.

Dan Klopp memberi pandangan beliau :

“Jawapan dalam bolasepak adalah sentiasa bekerja keras, dan kerja keras daripada mereka bertiga adalah sangat baik. Chelsea adalah antara pasukan yang terbaik. Kami menganggap perlawanan ini seperti UCL dan anda tidak boleh bertahan tanpa bantuan pemain sayap. Semua pasukan akan ambil risiko untuk menggunakannya”.

“Bagaimana mereka berusaha untuk mendapatkan gol adalah sesuatu yang luar biasa. Dan mereka berjaya mendapatkan sesuatu daripada itu. Kami mendapat gol dari jarak dekat dan juga jarak jauh. Suka dipercayai”.

Dan Klopp juga menegaskan mereka hanya fokus kepada 97 mata dan bukan terarah kepada sesuatu yang dilakukan skuad Pep Guardiola.

“Cabaran terbesar kami adalah berhadapan dengan situasi di luar. Kami hanya mahu bermain. Jika kami akan bermain dan seseorang memberitahu kami bahawa City tewas, ia tidak membantu. Kami akan hilang fokus selepas itu. Kami cuba untuk meraih seberapa banyak mata. Sekarang 85 mata. Mata maksimum adalah 97. Jadi akan cuba untuk mendapatkan mata itu. Jika itu memadai, ianya sungguh bagus”.

Orang akan berkata, jika anda menang terhadap Leicester anda akan jadi juara liga. Itu semua mengarut. Hanya orang yang naif sahaja berkata begitu. Sementara itu, kita boleh menutup buku insiden ‘slip’ itu sekarang. Robbo ‘slip’ namun tiada apa berlaku, jadi ia bukan berkaitan Liverpool. Sudah”.

ADMIN

Wow, Jurgen Klopp memuji Salah, Mane dan mempertahankan Gerrard sekali. Terbaiklah. YNWA.

Sumber : Andy Hunter – The Guardian

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply