Carra : Sadio Mane Pemain Sayap Terbaik Selepas Zaman John Barnes

Lagenda Liverpool ini memperkatakan dengan khusus mengenai pemain dari Senegal ini.

Mane telah menunjukkan prestasi terbaiknya bersama Liverpool musim ini dan menjaringkan lebih banyak gol tanpa sepakan penalti bersama The Reds.

Beliau setakat ini telah menjaringkan 18 gol setakat ini, dan menjadi topik analisis dari Jamie Carragher dalam rancangan Monday Night Football.

Namun Carra bukan sekadar memuji pemain ini, malahan membandingkan beliau dengan John Barnes, lebih penting dari Mo Salah dan Liverpool akan berjaya menjuarai liga pada 2009 jika beliau bersama pasukan Liverpool ketika itu.

Menurut Carragher menerusi Sky Sports :

“Saya berpendapat beliau amat penting di Liverpool. Kita bercakap mengenai Salah dan Alisson serta impak dari pemain ini, dengan Mane sebenarnya adalah pemain sayap terbaik yang kita ada sejak 30 tahun lalu”.

“Anda harus melihat kembali ke zaman John Barnes untuk melihat pemain sebaik Mane. Ianya sesuatu yang berkualiti kerana John Barnes berada pada kedudukan kelima atau keenam terbaik pemain sepanjang zaman di Liverpool”.

Dan Gary Neville bertanya sesuatu kepada Carragher :

“Siapa yang tidak dirasai kehilangannya sekarang? Mane atau Salah?”

Dan Carragher menjawab :

“Salah. Mereka mempunyai amaun gol yang sama. Namun saya meminati corak permainan Mane”.

“Mane adalah pemain yang berjaya membantu Liverpool naik semula. Beliau adalah pemain besar pertama yang Klopp dapat. Beliau ada di sana sejak Klopp mula menjadi pengurus”.

“Kami tidak mempunyai pemain sayap yang tepat pada 2009. Jika anda lihat pasukan yang memenangi gelaran, mereka mempunyai pemain sayap yang mantap. Jika kami mempunyai Mane pada 2009, kami telah memenangi liga masa itu”.

Carra juga memuji keupayaan pemain itu untuk menjaringkan gol penting dan bukan sekadar menambah gol untuk jumlah yang besar.

“Jika kita melihat kembali empat perlawanan liga pertama dan sebelas perlawanan terakhir, Mane memang menjaringkan gol penting”.

“Hanya dua pemain yang menjaringkan gol pertama dalam 11 perlawanan terakhir Liverpool. Kita nampak kepentingan Mane di sana”.

“Ianya bukan sekadar menjaringkan gol dalam masa kecederaan, gol yang dijaringkannya amat penting”.

ADMIN

Baru tahu kepentingan Mane dalam pasukan buat masa sekarang.

Boleh bertahan dan menyerang serta menjaringkan gol.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman