Firasat Sir Alex Ferguson: Liverpool Akan Menjulang Piala Liga Perdana

Menurut Jonathan Walters, Sir Alex Ferguson berpendapat bahawa Liverpool akan memenangi Liga Perdana.

Bintang serta lagenda yang berjaya menundukkan The Reds pada suatu ketika dahulu, kini menyokong Liverpool agar mengangkat Piala Liga pada musim ini.

Bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya The Reds akan meraih lebih banyak kemenangan berbanding Manchester City apabila musim ini berakhir pada bulan Mei nanti.

Kepercayaan Ferguson ini adalah kerana beliau yakin United akan menumpaskan City apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di Old Trafford pada 24 April ini.

Semua kenyataan ini datang daripada Jonathan Walters selepas bercakap dengan rakan sepasukannya dan bekas pertahanan United, Phil Bardsley. Bardsley dipercayai telah menghabiskan masa dengan Ferguson sepanjang minggu lalu.

Saya berbual dengan Phil Bardsley dan saya akan menamakan seseorang di sini, dia(Bardsley) duduk bersama Sir Alex Ferguson,’ Walters memberitahu podcast BBC Radio 5 Live Daily Football.

‘Dia duduk bersamanya dan berpendapat Liverpool akan menang.
Dia menyokong Liverpool kerana dia menganggap United akan meraih sesuatu dari permainan City.’

Seperti yang sedia maklum, Liverpool berada di puncak liga dengan 85 mata setelah bermain 34 perlawanan. Mereka mempunyai dua mata yang jelas dari City namun City masih mempunyai lebih satu permainan di pihak mereka.

Perlawanan Liga Perdana City yang seterusnya adalah di tempat sendiri menentang Tottenham pada 20 April, sementara Liverpool melawat Cardiff pada 21 April.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : DailyMail

Post Author: Wade Wilson