Perkembangan Kecergasan Terkini Mengenai Lovren, Hendo, Ox dan Lallana

Jurgen Klopp menjelaskan mengapa beliau tidak membawa Dejan Lovren bersama ke dalam skuad yang berlepas ke Porto awal pagi semalam.

Pemain pertahanan itu terlepas sesi latihan waktu pagi Selasa berikutan jatuh sakit, sekaligus tidak tersenarai dalam skuad 21 pemain yang berlepas dari John Lennon Airport ke Porto.

Adam Lallana dilaporkan kembali cergas, manakala Jordan Henderson mengatasi kecederaan buku lalinya. Difahamkan Alex Oxlade Chamberlain pula kekal di Merseyside untuk latihan kecergasan yang lebih walaupun telah diturunkan dalam aksi menentang Skuad Bawah 23 Tahun Leicester.

Bercakap menerusi Liverpool FC, Klopp berkata :

“Dejan jatuh sakit. Beliau tidak dapat tidur malam. Doktor telah memeriksanya dan beliau tidak dapat turut serta ke Porto. Itu sebabnya”.

“Kita masih mempunyai Joe Gomez. Jadi tiada masalah besar untuk posisi itu. Dan juga Fabinho. Kita tidak boleh memaksa beliau bermain dan dipaksa bermain”.

“Jika anda sakit dan sukar untuk tidur, kami tahu anda tidak akan dapat bermain dengan baik dalam perlawanan bertekanan tinggi”.

“Kebanyakan ramai yang akan ke Porto, namun tidak buat Oxlade. Ada baiknya beliau menjalani latihan di sini. Walaupun kami lebih berminat beliau bersama kami di sini, namun ianya lebih masuk akal jika beliau kekal di Melwood”.

“Hari ini beliau berlatih dengan intensiti rendah, dan esok berlatih dengan intensiti tinggi. Ianya berkaitan untuk kecergasan beliau secara jangka masa panjang dan itu yang kami dahulukan”.

Kembalinya Lallana adalah tepat pada masanya terutama pemain tengah setelah beliau tersisih dalam 3 perlawanan akibat kecederaan otot.

Namun Klopp akan mempertimbangkan keputusan untuk menyenaraikan beliau dalam skuad di Estadio De Dragao dengan Liverpool mengintai peluang untuk layak ke Separuh Akhir UCL buat kali kedua dalam dua musim.

“Adam telah kembali dalam skuad. Disebabkan kita mempunyai dua pemain lebihan, kami akan menilai lagi. Jika tidak ada apa apa yang berlaku biasanya masih terlalu awal. Namun ianya positif dan beliau cepat pulih”.

Selain itu Henderson juga cergas untuk bermain dalam pasukan setelah tidak menunjukkan isu kecederaan setelah menentang Chelsea pada Ahad lepas.

Tambah Klopp :

“Hendo baik sahaja. Pemain lain lebih cergas. Itu lebih baik. Tiada apa yang berlaku. Semua pemain mengalami hentakan, Hendo mengalami hentakan namun tidak tersisih begitu lama”.

ADMIN

Jadi cuma Lovren dan Oxlade sahaja pemain senior yang tidak menyertai skuad Klopp ke Porto.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman