Sergio Conceicao : LFC Pasukan Terbaik Di Dunia : Namun Kami Mahu Buat Kejutan

Beliau memuji perkembangan pasukan Liverpool namun tidak menafikan bahawa pasukan tersebut boleh ditewaskan.

Sergio Conceicao juga menyatakan Liverpool berada pada tahap “antara yang terbaik di dunia” namun beliau cuba mencari cara untuk mengejutkan Liverpool.

Selain itu, Porto juga akan diperkuatkan dengan kehadiran kembali pemain utama seperti Pepe dan Hector Herrera pada perlawanan awal pagi esok.

Menurut Conceicao :

“Liverpool memberikan saya sesuatu yang saya sukakan dalam bolasepak, dari sudut kualiti pemain dan juga cara mereka bermain bolasepak”.

“Saya suka bagaimana dinamiknya Liverpool dan gaya permainan mereka. Saya juga cara pergerakan mereka dengan bola dan tanpa bola”.

“Ianya sama seperti apa yang saya faham mengenai bola dan jika dilihat dari perlawanan lepas, mereka adalah antara pasukan terbaik di dunia”.

“Menentang Liverpool, kami hendaklah mempunyai pertahanan yang kuat dan seimbang. Jika kami menunjukkan komitmen yang sama seperti menentang Roma, sukar bagi mereka untuk menewaskan kami”.

“Kami melakukan persediaan yang sukar kerana kekurangan yang kami hadapi. Kami ketinggalan dua gol dengan pasukan yang bagus dari segi serangan, jadi kami harus berhati hati supaya tidak dibolosi lagi”.

“Mereka mempunyai pemain terbaik yang boleh melakukan tugas namun kami mempunyai pemain yang baik dari segi pergerakan”.

ADMIN

Pengurus mereka juga sudah melaungkan keyakinan untuk buat comeback.

Apapun good luck Liverpool. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman