Liverpool Tempah Tiket Separuh Akhir UCL – Tewaskan Porto 1 – 4 Di Dragao

Skuad Klopp kini bakal berhadapan dengan juara Sepanyol, Barcelona.

Perlawanan kedua yang berlangsung di Porto ini menyaksikan Klopp merombak pasukan dengan membawa masuk semula Joel Matip dan Andy Robertson di pertahanan manakala Milner serta Wijnaldum berada tengah sambil Origi menggantikan Firmino.

Porto bermula dengan sangat garang untuk menebus kembali kesilapan mereka di Anfield apabila melakukan satu percubaan di awal perlawanan menerusi Hector Herrera yang berjaya melepasi Robbo pada minit ke 2, namun hanya menyaksikan rembatannya sedikit melewati atas palang gol.

Selepas itu, Marega pula melakukan satu percubaan lemah yang berpunca dari sepakan percuma namun mudah buat Alisson pada minit ke 6.

Liverpool terus diasak dengan percubaan ketiga juga dari Marega pada minit ke 14 tetapi sekali lagi tendangan voli beliau tidak tepat ke sasaran.

Namun Liverpool lah yang berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi satu serangan pertama mereka pada minit ke 25, apabila Robbo yang melarikan bola ke kawasan Porto melakukan hantaran lintang ke petak penalti.

Mo Salah yang mendapat bola itu segera menguis bola ke arah Mane yang melakukan larian dan menjaringkan gol namun dibatalkan penjaga garisan, tetapi akhirnya ia berubah menerusi rakaman VAR apabila Mane melakukan “perfect inch run” melepasi perangkap ofsaid ketika mendapatkan bola tersebut.

Porto tersentak dan cuba menggandakan asakan, dan hampir berhasil apabila Corona pula melakukan rembatan namun mudah buat Alisson pada minit ke 39.

Sebelum rehat separuh masa pertama, Liverpool melakukan serangan kedha dengan giliran Trent melakukan hantaran silang yang disambar Milner namun hanya sedikit sipi dari pintu gol Porto.

Separuh masa kedua menyaksikan Firmino dibawa masuk, dengan Origi dibawa keluar.

Kedua dua pasukan sering menyerang balas dengan Porto tidak berputus asa untuk mencari gol, dengan Hector Herrera melakukan percubaan pada minit ke 57 namun mudah buat Alisson.

Dan ketika Porto sibuk mengasak, Liverpool akhirnya memperolehi gol kedua dengan kali ini Trent melorongkan satu hantaran terus untuk Mo Salah, dengab pemain Mesir itu mudah menyempurnakan gol dalam situasi 1 lawan 1 dengan Casillas pada minit ke 64.

Hantaran Trent itu merupakan sumbangan beliau yang terakhir dalam padang, apabila beliau dikeluarkan untuk Joe Gomez selepas itu.

Namun berselang 2 minit, gol pembakar semangat Porto akhirnya membara kembali apabila bakal pemain Real Madrid, Eder Militao menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan sudut.

Minit ke 70 menyaksikan Robbo dibawa keluar dan digantikan dengan Jordan Henderson sambil James Milner mengambilalih posisi Robbo di sebelah bek kiri.

Baru dimasukkan 2 minit, Jordan Henderson memberikan impak hampir serta apabila hantaran terus beliau pula menemui Mane yang melakukan larian ke hadapan gol, mengelecek serta melepasi Casillas namun malangnya bola tendangan beliau tidak tepat ke sasaran di saat gawang ternganga luas.

Tetapi Hendo sekali lagi memberikan isyarat betapa pentingnya beliau berada di posisi pemain yang tepat, dengan menyumbangkan satu assist dari hantaran lintang ke dalam petak untuk disempurnakan dengan mudah oleh Firmino pada minit ke 56.

Porto semakin terdesak untuk mencari gol kedua dengan pemain Porto berjaya memintas hnataran Gomez di kawasan sendiri pada minit ke 79, namun rembatan leret beliau hanya sedikit keluar dari pintu gol Liverpool.

Dan gol pelengkap keputusan hadir pada minit ke 83, apabila satu sepakan sudut tepat jatuh kepada Mane yang menguis sedikit bola di belakang untuk Van Dijk menyambar menerusi tandukam ke gawamg.

Walaupun Porto cuba melawan semula namun keputusan aggregat 1 – 6 itu cukup memuaskan hati peminat Liverpool dan akan bertemu Barcelona beberapa minggu lain pada perlawanan separuh akhir UCL.

ADMIN

Permulaan yang buruk namun akhirmya menang. YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman