Jordan Henderson : Saya Tidak Menjangkakan Liverpool Akan Jaringkan 4 Gol

Namun beliau gembira dengan Liverpool bersikap agresif untuk memenangi perlawanan tersebut.

Dan kapten Liverpool itu menyifatkan bahawa beliau tidak menjangkakan permainan itu bakal berakhir dengan jaringan yang cukup besar, dengan beliau menyatakan Porto tidak seharusnya menerima kekalahan besar namun teruja melihat keupayaan pasukan untuk melangkah ke separuh akhir.

Sadio Mane, Mo Salah, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino masing masing menjaringkan gol dengan Barcelona merupakan batu penghalang buat Liverpool untuk ke Final pada 01 Jun nanti.

Menurut Henderson menerusi BT Sports :

“Porto pasukan yang hebat. Mereka menekan kami namun kami tetap kental bertahan dan bermain dengan baik”.

“Mereka mendapat banyak peluang. Anda sendiri dapat lihat mereka berusaha membolosi kami. Saya sedang memanaskan badan ketika Sadio Mane menjaringkan gol pertama dan ianya gol yang dibenarkan”.

“Syukurlah menerusi VAR gol itu disahkan dan kami amat berkeyakinan pada separuh masa kedua”.

“Bila saya dimasukkan saya mahu mengekalkan lebih banyak penguasaan bola dan bersikap rasional. Joe Gomez melakukan larian bijak untuk gol Roberto Firmino, manakala saya cuba untuk menghantar bola ke kawasan penalti dan syukur hantaran itu tepat kepada Firmino”.

“Gol itu menyenangkan hati kami semua. Porto sebenarnya memang pasukan yang bagus. Tatkala kami mendahului sekalipun, penyokong mereka tetap memberikan sokongan padu”.

Manakala Jurgen Klopp pula berkata, beliau memerlukan “beberapa malam” untuk menghentikan pergerakan Lionel Messi.

Apabila ditanya mengenai pelan beliau untuk memghentikan pemain lagenda Barcelona itu, Klopp berkata :

“Syukurlah saya tidak perlu memikirkan buat masa sekarang. Saya mempunyai beberapa malam untuk memikirkannya”.

“Tiada siapa pernah dapat menghalangnya, namun kita akan mencuba. Kami mempunyai beberapa tugasan sebelum itu”.

“Ini pengalaman pertama saya menentang Barcelona, selain daripada perlawanan persahabatan. Saya menantikan perlawanan tersebut”.

ADMIN

Kami pun tak sangka Liverpool akan skor 4 gol setelah ditekan Porto pada separuh masa pertama.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman