Statistik Pra Perlawanan : Cardiff City vs Liverpool FC

Roberto Firmino hanya kekurangan 2 gol sahaja untuk mencatatkan 50 gol karier bersama Liverpool di EPL.

Gol ketika menentang Porto adalah gol ke 66 beliau dari 189 penampilan keseluruhan bersama The Reds.

Berikut adalah statistik pra perlawanan Cardiff vs Liverpool :

Xherdan Shaqiri menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool ketika perlawanan menentang Cardiff di Anfield – perlawanan di mana Virgil Van Dijk menjadi kapten Liverpool buat pertama kalinya.

Ketiga tiga pertemuan antara Liverpool dan Cardiff telah menghasilkan 18 gol dalam EPL. Pada 2013 2014, Liverpool telah memenangi perlawanan dengan 3 – 1 dan 6 – 3.

Kali terakhir Liverpool bertandang ke Cardiff City Stadium berakhir dengan kemenangan 6 – 3 pada Mac 2014. Luis Suarez menjaringkan hatrik ketika itu manakala Martin Skrtel 2 gol dan Sturridge 1 gol.

Sepanjang 33 pertemuan dengan Cardiff, Liverpool tidak pernah seri tanpa dengan pasukan tersebut. Liverpool hanya kekurangan 2 gol untuk mencatatkan jaringan ke 50 ke atas Cardiff.

Liverpool telah memenangi 26 perlawanan liga musim ini, dan hanya 3 kali Liverpool mencatatkan kemenangan lebih dari itu dengan 27 perlawanan liga pada 1904 1905 serta 1961 – 1962, dan 30 pada musim 1978 1979.

Skuad Jurgen Klopp tidak terkalah sejak 17 perlawanan pelbagai kejohanan musim ini. Mereka mencatatkan 12 kemenangan dan 5 seri. Kali terakhir Liverpool seri tanpa jaringan adalah ketika menentang Everton pada awal Mac.

Dalam 7 dari 10 perlawanan terakhir, Liverpool telah menjaringkan sekurang kurangnya 1 gol dalam 10 minit terakhir.

ADMIN

Mampukah kita melebarkan rekod bersih kemenangan dengan Cardiff hari ini? YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman