Statistik Pra Perlawanan : Liverpool vs Huddersfield

Mo Salah bakal mencatatkan rekod baru dalam perlawanan hari ini jika beliau diturunkan.

Beliau akan bermain untuk perlawanan ke 100 untuk Liverpool sejak menyertai dari Roma pada 2017.

Salah telah bermain dalam 99 perlawanan dan menjaringkan 67 gol dalam semua kejohanan bersama Liverpool.

Berikut adalah beberapa fakta pra perlawanan Liverpool vs Huddersfield :

Mo Salah telah terlibat dalam tiga gol dalam tiga perlawanan menentang The Terriers – dengan menyumbangkan 2 gol dan 1 assist.

Liverpool tidak terkalah dalam 12 pertemuan terakhir menentang Huddersfield.

Di Anfield sahaja, Liverpool telah menang tiga pertemuan terakhir ke atas Huddersfield.

Tiada pertemuan dengan Huddersfield berakhir dengan jaringan di Anfield – kali terakhir adalah di halaman lawan pada 1970.

Dalam 7 pertemuan terakhir, Liverpool telah mencatatkan 6 kemenangan dan sekali seri.

Alisson hanya memerlukan 1 perlawanan untuk menyamai rekod tanpa bolos dalam liga yang dipegang Pepe Reina sebanyak 20 – yang dilakukan pada musim 2005 2006 dan 2008 2009.

Virgil Van Dijk bakal melakukan penampilan ke 50 untuk Liverpool jika diturunkan hari ini.

Liverpool telah mencatatkan 27 kemenangan dalam liga musim ini. Jika Liverpool berjaya mencatatkan 3 kemenangan terakhir, mereka akan menyamai rekod 30 kemenangan semusim yang direkodkan pada 1978 1979.

Gol seterusnya kali ini adalah gol ke 100 Liverpool dalam semua perlawanan pelbagai peringkat musim ini.

Dalam 14 perlawanan yang berlangsung pada hari Jumaat, Liverpool telah memenangi 8, seri 3 dan kalah 3.

ADMIN

Mampukah semua rekod itu tercapai pada awal pagi ini? YNWA

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman