Ox : Saya Tidak Akan Lupakan Sambutan Anda Terhadap Saya

Beliau mengakui tidak dapat berkata apa apa apabila melihat seluruh Anfield bergema melihat beliau kembali bermain setelah lebih setahun tersisih akibat kecederaan.

Genap setahun dan 2 hari beliau mengalami kecederaan serius ketika menentang Roma dalam Semifinal UCL, beliau akhirnya diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield sebagai pemain gantian.

Beliau menerima tepukan gemuruh dari peminat di Anfield ketika dimasukkan pada minit ke 73 – dan selepas itu memuatnaik status berikut menerusi Instagram.

Alex Oxlade Chamberlain

ADMIN

Ianya sangat bagus dapat melihat anda bermain semula, Alex Oxlade. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman