Luis Suarez: Barcelona ‘Tidak Boleh Terganggu Walau Sesaat” Ketika Menentang Liverpool

Menurut sumber di FC Barcelona; Luis Suarez berkata pasukannya tidak mampu untuk terganggu walau seketika pun dalam perlawanan semifinal Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada awal pagi Khamis ini.

Penyerang itu bersedia menghadapi bekas pasukannya pada perlawanan semifinal pusingan pertama dan menyedari bahaya yang bakal timbul apabila menentang skuad The Reds.

“Dalam Liga Juara-Juara, anda tidak boleh terganggu seketika kerana anda akhirnya menerima padah untuk itu. Memang benar bahawa dalam permainan lalu di laman sendiri melawan Manchester United, kami mempunyai 5-10 minit yang sangat teruk dan kami hampir membayar untuk itu.”

“Ini menunjukkan apa itu Liga Juara-juara (yang sebenar) dan juga apa yang berlaku pada musim lalu, kami perlu menggunakannya sebagai pengalaman. Pasukan ini mempunyai terlalu banyak pengalaman untuk jatuh ke dalam perangkap itu, kami perlu tahu apa jenis permainan yang kami hadapi dan jika mahu menuju ke final dan mencapai matlamat, maka kami tidak boleh terganggu selama satu minit pun dalam salah satu daripada dua perlawanan (di Nou Camp dan Anfield).”

“Kami perlu bermain dengan terbaik, lebih baik daripada yang kami telah bermain, (kerana kami) tahu betapa sukarnya menentang Liverpool.”

Suarez berada dalam prestasi yang cemerlang pada musim ini dan mempunyai 21 gol La Liga, tetapi Suarez masih belum menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara buat musim ini.

Admin : Liverpool sedang berada dalam pertempuran yang hebat dengan mengejar Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada masa yang sama. Namun, fokus setiap pemain buat masa ini ialah memenangi kesemua perlawanan yang bakal dihadapi.

Liverpool akan melawan Barcelona pada jam 0300pagi hari Khamis ini, 02/05/19.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : Barca Blaugranes

Post Author: Wade Wilson