Statistik Pra Perlawanan : Barcelona vs Liverpool (UCL)

Sadio Mane akan membantu Liverpool untuk mencatatkan rekod baru kelab jika berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan awal pagi esok.

Beliau setakat ini telah menjaringkan 24 gol musim ini, dan hanya dipisahkan dengan satu gol dengan Mo Salah yang telah mencecah 25 gol semusim dalam pelbagai kejohanan.

Jika beliau berjaya melakukannya, ianya merupakan 2 musim berterusan kedua pemain Liverpool menjaringkan lebih dari 25 gol semusim, selepas Roberto Firmino dan Mo Salah masing masing menjaringkan 27 gol dan 44 gol musim lepas.

Beliau telah menjaringkan sekurang kurangnya 1 gol dalam perlawanan pusingan kalah mati sejak musim lepas, termasuk gol ketika perlawanan akhir UCL di Kiev musim lepas.

Berikut adalah beberapa fakta perlawanan Barcelona dan Liverpool :

Dalam 18 perlawanan Liverpool di bumi Spain, Liverpool telah menang 7 perlawanan, 5 seri dan 6 kalah. Mereka menjaringkan 18 gol dan dibolosi 18 gol.

Liverpool telah menewaskan Barcelona di peringkat separuh akhir 2 kali dalam kejohanan Eropah, iaitu pada 1976 dan 2001. The Reds kemudiannya menjulang kejuaraan tersebut.

Jurgen Klopp belum tewas dalam 10 perlawanan pusingan kalah mati timbal balik sejak menjadi pengurus Liverpool.

Dalam 42 perlawanan menentang kelab Inggeris di Nou Camp, Barcelona hanya kalah 2 kali. Kedua duanya kepada Liverpool.

Liverpool telah memenangi 3 dari 4 pertemuan separuh akhir ke atas kelab Spain.

Barcelona hanya menjaringkan 1 gol dari 4 pertemuan di Nou Camp ke atas Liverpool.

Firmino merupakan satu satunya pemain yang melakukan kesemua penampilan Liverpool di kancah Eropah sejak Klopp mengambilalih tugas pengurus di Liverpool. Beliau telah menjaringkan 16 gol di kejohanan Eropah, dengan Salah 15 gol dan Mane 14 gol.

Lionel Messi telah menjaringkan 10 gol dalam kejohanan UCL musim ini dan merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan ini buat masa sekarang.

Lionel Messi juga berada dalam skuad Barcelona yang tumpas kepada Liverpool di Nou Camp pada 2007.

ADMIN

Kita mengharapkan sesuatu yang positif dari Nou Camp awal pagi ini. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman