Statistik Pra Perlawanan : Newcastle United vs Liverpool

Skuad Jurgen Klopp akan berlepas ke Newcastle United untuk perlawanan di gelanggang lawan yang terakhir pada musim ini dengan harapan dapat menyamai 2 rekod kelab sebelumnya.

Kemenangan di St James Park bakal menyamai rekod 13 kemenangan di gelanggang lawan yang dicatatkan oleh skuad Tom Watson sejak 1904 1905.

Skuad Klopp pula hanya mencatatkan 10 bolos musim ini di gelanggang lawan, dan jika mencatatkan lagi rekod tanpa bolos di sini maka Liverpool akan menyamai rekod yang pernah dilakukan oleh Bob Paisley pada 1975 1976 yang mempunyai kadar kebolosan terendah di gelanggang lawan.

Berikut adalah beberapa fakta perlawanan antara Newcastle United dan Liverpool.

Liverpool telah menjaringkan 95 gol ke atas Newcastle United, lebih banyak dari mana mana pasukan di EPL ketika ini.

37 gol itu dijaringkan di St James Park – menyamai rekod jaringan ketika berkunjung ke Spurs dan West Ham United.

Tidak pernah ada pertemuan yang berakhir tanpa jaringan sejak 65 perlawanan lepas – kali terakhir adalah pada Februari 1974 di gelanggang yang sama.

Liverpool telah memenangi 26 pertemuan dan kalah 11 kali dari 47 pertemuan antara kedua dua pasukan di EPL.

Liverpool juga telah menjaringkan 20 gol dari 23 pertemuan terakhir kedua dua pasukan dalam Liga Perdana.

Kemenangan terbesar Liverpool ke atas Newcastle adalah pada April 2013 – dengan jaringan 6 – 0. Jordan Henderson dan Daniel Sturridge menjaringkan dua gol pada hari itu dan dua pemain ini masih kekal di Liverpool hingga sekarang.

Daniel Sturridge telah menjaringkan 7 gol ke atas Newcastle sepanjang kariernya, dengan 5 jaringan di St James Park. Bersama Liverpool, beliau telah menjaringkan 5 gol dari 7 penampilan di halaman sendiri dan lawan.

Sekiranya Liverpool mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan terakhir ini, mereka akan menyamai pencapaian rekod kelab yang mencatatkan 30 kemenangan dalam satu musim.

Skuad Rafa Benitez telah memenangi 5 dari 6 perlawanan terakhir di halaman sendiri. Ianya termasuk kemenangan ke atas Man City – di mana menjaringkan gol setelah 24 saat dibolosi dan kemenangan 3 – 2 ke atas Everton walaupun satu ketika ketinggalan 2 – 0.

ADMIN

Bukan benda mudah sebenarnya nak hadap Newcastle ni.

Baru kita akan lihat samada mental Liverpool masih kuat atau tidak selepas tewas teruk kepada Barcelona. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman