Statistik Pra Perlawanan : Liverpool vs Barcelona (UCL)

The Reds berharap mereka dapat mengekalkan rekod tidak kalah dalam salah satu perlawanan timbal balik ketika melayani kunjungan Barcelona di Anfield pada hari ini.

Liverpool harus menterbalikkan defisit 3 – 0 dalam perlawanan ini setelah tumpas dengan Barcelona pada perlawanan minggu lepas.

Kelab ini telah bermain dalam 18 perlawanan separuh akhir UCL; menang 14 kali, seri 3 kali dan kalah sekali.

Berikut adalah beberapa fakta pra perlawanan Liverpool vs Barcelona :

Ini adalah perlawanan ke 19 penglibatan Liverpool dalam kancah separuh akhir kejohanan Eropah, dan 11 kali dalam pentas Eropah tertinggi. Mereka berazam untuk melangkah ke perlawanan akhir ke 14 mereka dan 9 kali dalam kejohanan Piala Eropah ( UCL sekarang ).

The Reds telah memenangi 3 daripada 4 lawan dari bumi Spain.

Kali terakhir Liverpool tewas di Anfield dalam UCL adalah pada Oktober 2014, di tangan Real Madrid.

Skuad Jurgen Klopp hanya tewas 2 kali dari 54 perlawanan di Anfield dalam pelbagai kejohanan.

Sadio Mane telah menjaringkan sekurang kurangnya 1 gol dalam kancah pusingan kalah mati sejak menyertai Liverpool. Setakat ini beliau telah menjaringkan 9 gol dari 11 perlawanan.

Jika Virgil Van Dijk diturunkan hari ini, ia merupakan penampilan ke 150 beliau bersama kelab Inggeris dan 50 penampilan beliau dalam kancah Eropah.

Klopp tidak tewas dalam 10 perlawanan pusingan kalah mati semenjak menjadi pengurus kelab, dan juga memenangi 17 dari 20 perlawanan Eropah.

Liverpool telah mendahului lawan dalam separuh masa pertama dari 25 perlawanan, dan memenangi semua perlawanan itu.

Barcelona hanya memenangi 11 perlawanan di 40 kunjungan, seri 11 dan kalah 18 kali.

Pengadil perlawanan kali ini adalah dari Turki, Cuneyt Cakir. Beliau telah terlibat secara langsung dalam 2 perlawanan hebat Liverpool di Eropah; ketika kemenangan 4 – 3 di Anfield menentang Borussia Dortmund. Kali kedua ketika kemenangan 3 – 2 Liverpool ke atas PSG. Kedua dua pengurus pasukan lawan ketika itu adalah Thomas Tuchel.

ADMIN

Satu perkataan : BELIEVE! YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman