Media : Saat Saat “Kepantasan Berfikir” Oleh Trent Alexander Arnold

Beliau dapat mengesan Divock Origi yang tidak dikawal di hadapan pintu gol Barcelona, dan gerakan seterusnya telah menghasilkan gol kemenangan.

Gerakan itu terhasil dari sepakan sudut, di mana sepatutnya dilakukan oleh Xherdan Shaqiri namun sebaliknya Trent melakukan hantaran pantas ke dalam petak untuk gol keempat Liverpool.

Saksikan kembali gol kemenangan Liverpool hasil dari gerakan pantas Trent dan penyudah yang baik oleh Origi.

Gol kemenangan Liverpool vs Barcelona

Ditanya mengenai gerakan situasi bola mati itu pada lewat separuh masa kedua, Trent menjawab :

“Semuanya mengenai naluri semulajadi kami”.

“Ianya bermula dari satu detik bila kami melihat sedikit peluang”.

“Divock berada di posisi itu dan menjaringkan gol tersebut. Mungkin bola itu datang dengan pantas namun beliau berjaya menyempurnakannya”.

“Beliau menjaringkan 2 gol untuk kami hari ini dan semua orang akan mengingati apa yang pernah beliau lakukan di sini”.

ADMIN

Apa yang kurang buat ketika Origi skor ni? Jujur. Haha.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman