Virgil Van Dijk Meraih Anugerah Pemain Terbaik PL 2018 2019

Beliau hanya terlepas 35 minit dari 37 perlawanan EPL yang disertainya, dengan membantu kelab mencatatkan 20 rekod tanpa bolos dan menjaringkan 4 gol.

Sebelum ini beliau telah meraih anugerah Pemain Terbaik PFA 2018 2019 – telah memainkan watak penting untuk perebutan kejuaraan liga hingga ke hari terakhir hari ini.

Beliau menewaskan pesaing dari rakan sepasukan Sadio Mane dan Mo Salah, selain daripada nama nama besar lain seperti Sergio Aguero, Bernardo Silva dan Raheem Sterling serta Eden Hazard.

Pemenang ditentukan menerusi gabungan undian peminat, kapten dari 20 kelab EPL serta panel pemilihan bolasepak Inggeris.

Musim lepas, Mo Salah telah meraih anugerah ini.

ADMIN

Tahniah Virgil Van Dijk. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman