Liverpool Akhiri EPL Musim 2018 2019 Di Tempat Kedua

Dua gol daripada Sadio Mane membolehkan Liverpool mencatatkan kemenangan ke 30 musim ini untuk mencatatkan rekod naib juara dengan mata tertinggi setakat ini.

Liverpool melakukan rombakan di bahagian hadapan setelah Firmino masih belum pulih dari kecederaan apabila menurunkan Origi untuk digandingkan dengan Mane dan Salah.

Liverpool bermula dengan baik dalam awal perlawanan, sekaligus mengimbau kembali ketika kemenangan bersejarah ke atas Barcelona dengan Origi terlebih dahulu melakukan percubaan tepat ke gol seawal minit ke tiga namun tepat ke dakapan Rui Patricio.

Dan buat kesekian kalinya, Liverpool ke takhta liga buat sementara apabila gerakan Hendo melakukan hantaran one touch kepada Trent membolehkan beliau melakukan satu hantaran lintang buat Mane untuk menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 17.

Robbo cuba menggandakan gol menerusi rembatan padu dari kiri, namun ditepis Rui Patricio pada minit ke 24.

Penyokong Anfield mula bingit pada minit ke 27, apabila mendapat tahu bahawa Brighton mendahului Man City sebelum segala galanya berubah apabila Aguero menyamakan kedudukan kembali seminit selepas itu.

Minit ke 33 menyaksikan sepakan sudut Liverpool ditanduk keluar pertahanan Wolves, dan hanya menyaksikan ianya tepat ke Salah untuk satu voli namun tinggi melewati palang.

Wolves cuba bertindakbalas pada minit ke 43, menerusi satu percubaan Matt Doherty namun rembatan beliau terkena palang.

Bersambung babak kedua, Liverpool seolah olah hilang punca untuk melancarkan serangan dengan Wolves sentiasa tidak memberikan jalan mudah buat Liverpool melancarkan serangan.

Satu satunya percubaan di awal separuh masa kedua ini adalah menerusi sepakan percuma Trent namun terkena sisi jaring pada minit ke 47.

Wolves seolah olah menguasai perlawanan dan berjaya menghasilkan beberapa peluang untuk mendapatkan gol penyamaan, dan peluang terbaik adalah menerusi Raul Jimenez pada minit ke 59 tetapi rembatannya melewati palang gol.

Satu serangan pantas berjaya dilakukan Origi dengan melakukan satu hantaran kepada Mane, yang melorongkan bola kembali ke Origi tetapi malangnya voli putaran beliau itu sempat dihalang Coady pada minit ke 62.

Ia merupakan sumbangan terakhir Origi dalam kempen liga musim ini apabila beliau dikeluarkan selepas itu dan digantikan dengan Milner.

Sekali lagi, Wolves memperolehi peluang keemasan menerusi Diogo Jota yang mendapat bola hantaran darj Jimenez dan melepasi kawalan Van Dijk tetapi percubaan ketika situasi 1 lawan 1 beliau ditepis Alisson dengan cemerlang pada minit ke 67.

Dan Diogo Jota hampir menjadi duri dalam daging buat Liverpool apabila menyaksikan satu tandukan jarak dekat beliau tepat ke dakapan Alisson pada minit ke 72.

Penyokong Liverpool semakin pasrah apabila mendengarkan Man City sudah mendahului 4 – 1, tetapi kembali ceria apabila Mane menjaringkan gol menerusi satu tandukan cantik di hadapan gol setelah menerima hantaran Trent pada minit ke 80.

Liverpool hampir menambah gol ketiga apabila sekali lagi hantaran jauh Trent hasil sepakan sudut pada minit ke 83 menemui kepala Van Dijk namun hanya menyaksikan tandukannya terkena palang.

Meskipun Klopp melakukan pertukaran lewat dengan memasukkan Robbo untuk Gomez dan Alex Oxlade untuk Wijnaldum, namun Liverpool tidak mampu melakukan apa apa lagi dan hanya berpuas hati sebagai naib juara liga pada musim ini.

ADMIN

Tahniah Liverpool, tahniah Klopp dan tahniah Man City selaku juara liga musim 2018 2019. Berjumpa lagi dalam edisi liga akan datang.

Post Author: Mohd Nuruzzaman