Mo Salah : Kami Akan Berjuang Lagi Musim Hadapan Untuk Kejuaraan EPL

Beliau menegaskan bahawa mereka akan berjuang dengan sedaya upaya mereka lagi untuk meraih trofi kejuaraan Liga Perdana pada musim hadapan.

Liverpool mengakhiri perjalanan liga musim ini dengan menduduki tangga kedua dengan 97 mata, dengan hanya satu kekalahan musim ini.

Salah – yang telah meraih Kasut Emas bersama sama Pierre Emerick Aubameyang dan juga Sadio Mane, mahu melupakan kekecewaan beliau dan tidak sabar untuk memulakan langkah baru dalam kancah liga pada Ogos hadapan.

Menurut Salah menerusi Sky Sports :

“Kami telah melakukan segala galanya musim ini. Kami hanya kalah satu perlawanan musim ini. Kami berjaya mendapat 97 mata keseluruhan”.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Man City dan kami akan berjuang semula untuk mendapatkan trofi ini musim hadapan”.

ADMIN

Kalau korang perasan, Mo Salah ada bagi satu gambaran di dalam kenyataan itu.

“Musim hadapan”. Haha. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply