Mesej Vincent Kompany Kepada Liverpool Selepas Merangkul Kejuaraan EPL

Liverpool hampir merampas kejuaraan dari Man City namun terpaksa akur dengan mengakhiri di tempat kedua dengan 97 mata.

Namun kapten Manchester City, Vincent Kompany memuji perkembangan Liverpool meskipun Man City mampu mengatasi Liverpool untuk kejuaraan liga dengan perbezaan 1 mata.

Semasa hari terakhir EPL, Liverpool diberikan sedikit harapan apabila Brighton mendahului Man City di AMEX Stadium dan Liverpool mendahului Wolves di Anfield.

Namun harapan itu dipadamkan apabila Man City menjaringkan 4 gol seterusnya menerusi Sergio Aguero, Aymeric Laporte, Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan.

Kompany mengambil kesempatan memuji Liverpool untuk “memaksa” Man City melakukan sesuatu yang luar biasa, dengan mengakui kemenangan 14 kali dalam liga itu merupakan sesuatu yang luar biasa dilakukan.

Menurut Kompany menerusi Sky Sports :

“Ianya perebutan kejuaraan liga yang paling sukar namun cukup puas hati”.

“Liverpool juga cukup luar biasa. Kami tidak mahu menyakiti mereka. Mereka tidak layak kalah namun kami bermain dengan baik sepanjang musim dengan sedaya upaya kami”.

“Saya amat gembira dengan diri sendiri dan juga sangat gembira dengan pasukan. Saya mendengar Brighton menyatakan Liverpool mendahului 1 – 0”.

“Namun kami berjaya kembali untuk memenangi perlawanan ini. Ianya satu kombinasi baik antara pemain dan staf di sini”.

“Sekarang fokus kami adalah kepada Final FA Cup. Kami mahu meraikan kejayaan ini namun tidak lupakan akan perlawanan seterusnya”.

“Kami telah banyak bekerjasama untuk mencatatkan kemenangan. Namun tidak lupa juga akan beberapa rekod tanpa bolos sejak 15 perlawanan terakhir kami”.

“Kami hanya dibolosi dari situasi bola mati namun kami juga banyak memenangi perlawanan dengan jaringan 1 – 0”.

Liverpool akan turun menentang Spurs dalam Final UCL pada 01 June 2019.

ADMIN

Perlu diakui juga Man City memang power dari segenap penjuru. Tapi kita selaku pencabar pun memang tak bagi peluang Man City selesa musim ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply