Reaksi Klopp Terhadap Pemenang Kasut Emas : Semuanya Pemain Saya Kan?

Pierre Emerick Aubameyang meraih gelaran tersebut bersama sama Mo Salah dan juga Sadio Mane.

Dan Klopp melahirkan rasa terkejutnya apabila pemain Arsenal itu juga menjadi pemenang Kasut Emas, walaupun pada satu ketika pemain itu bersama sama Sadio Mane berada dua gol di bawah Mo Salah.

Aubameyang menjaringkan 2 gol ketika perlawanan menentang Burnley, manakala Mane menjaringkan kedua dua gol ketika perlawanan menentang Wolves semalam.

Dan selepas wisel penamat dibunyikan, mereka masing masing menerima Kasut Emas.

Setelah itu Klopp ditanya mengenai gelaran yang diperolehi Mane dan Salah itu, dan Klopp memberikan reaksinya :

“Jadi kita mempunyai dua penjaring terbanyak kan? Oh Auba menjaringkan 2 gol ketika menentang Burnley?”

“Wow, saya tidak pernah menjangkakan itu berlaku. Bagaimana mereka menentukan? Adakah pihak penganjur mempunyai 3 Kasut Emas? Atau semua pemain akan mendapatnya selepas 3 bulan?”

“Jadi, kesemuanya adalah pemain saya bukan?”

Pemain Arsenal itu pernah bersama Klopp pada 2013 hingga 2015 ketika beliau bersama Dortmund.

Dan selepas 3 tahun, Aubameyang mengikuti jejak langkah Klopp untuk ke kelab EPL.

ADMIN

Termasuk pemain Man City, Gundogan juga adalah produk Klopp. What a coach.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply