Apa Yang Klopp Rancang Untuk Persiapan Liverpool Ke Final UCL

Skuad Liverpool akan diberikan cuti selama 5 hari sebelum bertolak ke Spain bagi menjalani kem latihan selama seminggu.

Tujuan cuti 5 hari itu diberikan adalah supaya mereka berehat sebentar setelah mengharungi musim liga yang panjang sebelum ini.

Jurgen Klopp percaya mendapatkan waktu rehat berkualiti adalah sesuatu yang baik sebelum mereka fokus untuk persiapan Final UCL pada 01 Jun nanti.

Ianya musim yang amat mencabar buat Liverpool di mana mereka telah mencabar kejuaraan liga dan juga Eropah secara serentak.

Selepas mereka menjalani sedikit latihan pemulihan kecergasan pada hari Isnin dan Selasa, pemain akan diberikan cuti pendek selama 5 hari. Virgil Van Dijk sebelum ini telah menyatakan beliau mahu menikmati keindahan pantai terlebih dahulu.

Dan pada Isnin hadapan, mereka akan berkumpul sekali lagi untuk berlepas ke Spain bagi menjalani kem latihan selama seminggu di Costa Del Sol.

Pengurus Liverpool itu percaya segala kemudahan bertaraf dunia dan juga cuaca hangat di sana membuatkan Costa Del Sol adalah tempat yang sesuai untuk beliau dan pemainnya menjalani latihan dan merancang sesuatu dalam Final UCL tersebut.

Sebelum ini Klopp pernah membawa pemainnya menjalani kem latihan sebelum menentang Real Madrid di Final 2018 dan juga sebelum perlawanan pusingan kedua kalah mati UCL menentang Bayern Munich.

Skuad Liverpool akan kembali ke Merseyside pada minggu terakhir sebelum perlawanan ini untuk menyiapkan pelan permainan mereka. Mereka akan berlepas ke Madrid dalam 2 hari sebelum Final menentang Spurs.

ADMIN

Bagus perancangan Klopp ni bersama anak buahnya dalam perlawanan akhir UCL ini. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman