Tom Werner : Kami Mahu Menjadi Lebih Kuat Pada Musim Hadapan

Beliau mahu kelab menggunakan pengalaman musim ini sebagai motivasi untuk mencabar kejuaraan liga musim hadapan.

Skuad Jurgen Klopp mengakhiri kempen liga dengan kutipan 97 mata – memenangi 30 dari 38 perlawanan dan hanya kalah sekali ke atas Man City pada Januari.

Namun CEO Liverpool, Tom Werner menjangkakan Liverpool akan kembali untuk mencabar kejuaraan liga sekaligus memperbaiki pencapaian mereka selama 9 bulan selepas ini.

Menurut Werner :

“Ianya musim yang ajaib”.

“Sudah pasti kami kecewa tidak dapat menjuarai liga namun ianya musim yang terbaik dan skuad ini amat mengujakan”.

“Saya berfikir yang kami telah mendapat ramai rakan baru di seluruh dunia dan kami melakukan yang terbaik hanya untuk peminat kami. Saya tidak boleh berkata apa lagi mengenai skuad Jurgen dan bakat yang ada di atas padang”.

“Kami akan menjadi lebih kuat. 97 mata, ianya musim yang mengagumkan. Sejujurnya kami tidak menjuarai liga namun kami akan kembali untuk mencabarnya musim hadapan dan mempunyai motivasi untuk mencabar kejuaraan liga. Saya amat teruja”.

Dengan perlawanan akhir UCL akan menjelang tiba di Madrid dengan menentang Spurs, kehadiran peminat amat dihargai pada Ahad lepas oleh pengurusan kelab.

Tambah Werner :

“Sokongan yang amat menakjubkan”.

“Seperti Jurgen katakan, antara sokongan peminat dan juga cara permainan pasukan untuk bermain, adalah salah satu perlawanan terhebat di Anfield. Saya tidak sabar untuk menunggu perlawanan di Madrid”.

ADMIN

Ya, mereka akan kembali dengan lebih baik musim hadapan dan lebih bersedia. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply