Media : Laungan “Allez Allez Allez” Dari Pemain Man City Yang Menjijikkan

Rakaman video menunjukkan pemain Man City meraikan kejayaan dengan mengejek laungan Liverpool sambil menyentuh mengenai situasi Sean Cox.

Berikut adalah petikan video tersebut :

Perkongsian rakaman video dari Indykaila

Dan berikut adalah lirik yang disebut pemain City di dalam kapal terbang ketika mereka kembali dari Brighton.

“All the way to Kiev, to end up a defeat, Crying in the stand and battered at the street, Kompany injured Salah, victim of it all, Sterling won it double, the Scousers won **** all”

Perkataan “battered in the street” membawa maksud “cedera di atas jalan”, dan ia dilihat merujuk kepada peminat Liverpool yang bernama Sean Cox yang diserang peminat Roma hingga mengalami kecederaan serius ketika perlawanan separuh akhir UCL musim lepas.

Penyokong City menafikan itu dan ia merujuk kepada peminat Liverpool yang menimbulkan kekacauan di Kiev namun kedua dua itu amat menjijikkan.

Begitu juga petikan perkataan yang merujuk kepada “victim” iaitu mangsa apabila pemain Man City merujuk kepada terjahan keras Vincent Kompany yang melakukan terjahan keras kepada Mo Salah pada Januari lepas dan sepatutnya dilayangkan kad merah ketika itu.

Ia menjijikkan jika mendengar dari peminat dari sudut “banter” tetapi ia lebih menjijikkan jika ianya dilakukan oleh segerombolan pemain profesional kelab.

ADMIN

Ia membuktikan bahawa duit minyak yang ditabur Sheikh Mansur terhadap Man City boleh mendapatkan apa sahaja namun tidak dapat membeli “penghormatan” kelab.

Sumber : James Pearce

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply