Liverpool Bakal Terlepas Matthijs De Ligt – Difahamkan Telah Mencapai “Persetujuan Perpindahan”?

Pemain pertahanan ini dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield musim panas ini.

Dan sekiranya Liverpool berminat sekali pun, ia mungkin terlepas jika dakwaan dari akhbar Spain ini benar.

Liverpool merupakan salah satu kelab yang dikatakan memantau perkembangan beliau sebagai pilihan di bahagian pertahanan pada musim hadapan.

Bekas pemain Liverpool Danny Murphy juga menyatakan ia merupakan penambahbaikan skuad yang terbaik jika berjaya mendapatkan khidmat pemain ini.

Namun sekarang terdapat laporan akhbar di Spain menyatakan pertahanan Ajax itu telah “bersetuju dengan terma” untuk berhijrah ke Barcelona musim panas hadapan.

Ketika ini Barca telah berjaya mendapatkan khidmat Frenkie De Jong dengan nilai perjanjian £67 juta dan sekarang ini semakin menghampiri pemain seterusnya yang menikmati musim terbaiknya di Ajax.

Menurut Oriol Domenech, bercakap mengenai beliau dalam program Esport 3, tinggal hanya dipersetujui beberapa jumlah bayaran yang akan dilakukan terhadap Ajax.

Domenech mendakwa Mano Raiola selaku ejen De Ligt telah bercakap dengan wakil Barcelona di Monaco dengan mereka hanya bersetuju dalam beberapa perkara pada kontrak.

Ketika ini Ajax berada di dalam laluan terbaik untuk mendakap kejuaraan berganda di Liga Belanda, meskipun tewas kepada Spurs pada separuh akhir UCL dan De Ligt telah bercakap kepada media mengenai situasi itu.

“Saya tidak tahu lagi. Terdapat beberapa perbincangan dilakukan namun tiada sebarang persetujuan dicapai”.

ADMIN

Barcelona pula dijangka akan melepaskan Samuel Umtiti musim panas hadapan. Sudah nampak siapa yang bakal isi kekosongan itu. Seorang CB.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply