Pengarah Sukan Hertha Berlin Dijangka Ke Anfield Untuk Perpindahan Marko Grujic

Pemain antarabangsa Serbia ini menghabiskan musim ini selaku pemain pinjaman ke kelab Bundesliga tersebut.

Dan Marko Grujic menikmati musim terbaiknya bersama Hertha Berlin, dan kelab itu juga berhasrat mahu melakukan perpindahan tetap pemain itu pada musim panas ini.

Grujic telah melakukan 21 penampilan bersama Hertha Berlin dan telah menjaringkan 5 gol – termasuk ketika menentang Augsburg hujung minggu lepas.

Sebelum ini ketua jurulatih Hertha, Pal Dardai telah memuji perkembangan pemain itu pada awal musim ini.

“Saya berada di Hertha sejak 22 tahun, dan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan sumbangan pemain lain”.

“Namun Marko adalah pemain tengah terbaik yang saya pernah saksikan bersama kelab ini”.

Dan menurut Bild menerusi Sport Witness, pengarah sukan kelab Michael Preetz mahu membincangkan masa depan pemain itu terhadap Klopp.

“Selepas berakhirnya perebutan kejuaraan di England, saya akan membincangkan perkara ini bersama Jurgen Klopp”.

Pemain berusia 23 tahun ini merupakan pemain pertama yang beliau bawa masuk ketika menjadi pengurus Liverpool, dan ianya satu keputusan yang besar buat beliau.

Hertha bakal mengakhiri liga di tangga kesepuluh dan akan bertemua Bayer Leverkusen dalam perlawanan terakhir Bundesliga musim ini.

ADMIN

Susah sebenarnya Grujic nak masuk dalam kesebelasan utama pemain tengah Liverpool sekarang. Beliau juga berfikir tentang masa depan beliau.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman