Bekas CEO Liverpool, Rick Parry Adalah Panel UEFA Untuk Kes Man City

Beliau merupakan sebahagian dari 8 panel bebas untuk menimbangkan kes berkaitan kawalan perbelanjaan kelab.

Dan beliau juga merupakan 8 panel yang akan membuat keputusan samada Man City akan dihalang daripada menyertai kejohanan UCL akan datang berikutan pelanggaran undang undang FFP.

Ketika ini mereka sedang menyiasat kesalahan besar yang dilakukan Man City sepertimana yang didedahkan akhbar Germany Del Speigel.

Man City dituduh mendapat dana dari pemilik kelab dengan panel UEFA itu sedang mempertimbangkan tindakan untuk menggantung penglibatan Man City selama semusim.

Panel itu dipengerusikan oleh Yves Leterme, bekas Perdana Menteri Belgium dan akan berbincang apakah hukuman yang sesuai dikenakan terhadap kelab tersebut. Kemudian badan undang undang UEFA menetapkan bilakah hukuman itu berkuatkuasa dalam masa beberapa minggu.

City sebelum ini telah terlepas dari denda berjumlah £17 juta atas pelanggaran undang undang yang sama pada 2014, mendakwa tuduhan kali ini adalah palsu dan telah mengemukakan semua bukti bukti bahawa mereka tidak melakukan apa apa kesalahan.

ADMIN

Rick Parry pernah berkhidmat sebagai CEO Liverpool pada 2004 – 2009.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply