Pemain Muda “Bidan Terjun UCL” Akan Meninggalkan Kelab Hujung Musim Ini.

Conor Masterson pernah disenaraikan dalam skuad UCL Liverpool musim lepas.

Kontrak beliau akan tamat pada hujung musim ini dan mahu berhijrah ke kelab lain untuk mencari cabaran baru.

Beliau bersama sama dengan Liverpool sejak 7 tahun lepas, pernah diletakkan dalam senarai pemain simpanan di bangku simpanan sebanyak 3 kali di bawah Klopp namun tidak pernah melakukan penampilan.

Masterson berada dalam bangku simpanan buat pertama kali dalam perlawanan menentang Exeter City dalam FA Cup 2015 2016.

Musim lepas beliau disenaraikan dalam untuk berada di bangku simpanan oleh Klopp dalam perlawanan UCL menentang Man City dan Merseyside Derby di Goodison.

Beliau menyertai Akademi Liverpool dari kelab Dublin, Lucan United pada 2012.

Ketika itu beliau menunjukkan prestasi yang baik bersama skuad bawah 18 Tahun dan 23 Tahun Liverpool, sekaligus dibawa masuk untuk berlatih ke dalam skuad utama di Melwood musim lepas.

Namun begitu kecederaan telah menimpanya, hinggakan rakan sepasukan pertahanan beliau Nat Phillips dan Ki Jana Hoever dilaporkan mendahului beliau dalam senarai pemain muda berpotensi.

Selain itu sandaran pemain prospek ini juga diletakkan kepada Rhys William yang membantu kelab menjuarai FA Youth Cup baru baru ini.

ADMIN

Kalau begitu, good luck Conor Masterson. Thanks for everything. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman