Alex Oxlade Dedahkan Imej Baru – Semasa Merakam Video Skuad Ke Marbella

Mereka sedang dalam perjalanan untuk menjalani kem latihan di Spain sebagai persiapan untuk perlawanan akhir UCL.

Dan ketika itu, Alex Oxlade Chamberlain sedang membuat rakaman mengenai rakan sepasukan Mo Salah yang dilihat tidur di lantai pesawat.

Namun rakaman kamera beliau menangkap imej baru Oxlade yang telah mewarnakan rambut serta janggut yang agak nipis.

Habis lah diusik Mo Salah dahulu

Beliau memuatnaik video ini dalam Instagram Story beliau memaparkan Mo Salah sedang tidur di lantai pesawat di belakang beliau.

Kemudian beliau mengalihkan rakaman kepada Dejan Lovren, yang dilihat seperti merayau rayau tanpa tujuan selepas rakan baiknya tidur.

Lovren pula kena.
Aktiviti Mo Salah menarik minat Wijnaldum dan Van Dijk pula.

ADMIN

Rambut Final 2019 kot. Dan kalau korang perasan, Alex Oxlade Chamberlain pun duduk sebelah Rhian Brewster. Bromance sejak injury?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman