Liverpool Letak Harga Jualan Untuk Rafa Camacho – Enggan Tandatangan Kontrak Baru

Beliau telah memberitahu pengurusan Liverpool bahawa beliau memperbaharui kontraknya.

Dan kelab itu bercadang untuk menjualnya pada harga £10 juta dengan kontrak beliau hanya tinggal 12 bulan lagi.

Malahan beliau juga telah memberitahu kepada Michael Edwards bahawa beliau enggan menandatangani kontrak baru.

Dan kelab juga bersetuju untuk mendengar tawaran dari kelab lain, dengan Sporting Lisbon dan Wolves berminat terhadap pemain muda antarabangsa Portugal itu.

Sekiranya harga tawaran itu tidak dipenuhi, maka kelab akan menyimpan beliau sekurang kurangnya untuk setahun lagi.

Camacho tidak menyertai senarai 26 pemain ke Marbella untuk kem latihan, menyertai Liverpool pada 2016 setelah meninggalkan Man City.

Beliau menunjukkan prestasi yang bagus sejak bermain dalam kunjungan pramusim lepas, dan diberikan peluang bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang Wolves dalam aksi FA Cup. Malahan beliau juga disenaraikan di bangku simpanan ketika perlawanan EPL menentang Crystal Palace.

Camacho telah bermain di posisi bek kanan dan telah diberikan peluang untuk bermain di posisi serangan untuk membuktikan sesuatu pada dirinya.

Selepas menjaringkan hatrik ketika menentang skuad Leicester Bawah 23 Tahun, beliau telah memuatnaik satu posting di laman sosial beliau yang mempersoalkan keupayaan staf kejurulatihan Liverpool yang berbunyi :

“Saya tidak tahu dari manakah idea ini datang, namun saya akan buktikan bahawa mereka silap dalam menilai saya selama ini. Saya bukan pemain bek kanan namun pemain penyerang yang menjaringkan gol”.

Dengan Camacho yang bakal dijual, Liverpool pula dijangka akan meminjamkan lagi Sheyi Ojo keluar kelab.

Pemain berusia 21 tahun ini menghabiskan musim ini bersama Stade de Reims, bakal dipinjamkan lagi dengan Rangers menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

ADMIN

Bongkak sangat bunyi Rafa Camacho ni. Baik lepaskan.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman